Mus’ab bin Umair RA adalah salah satu sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang paling menginspirasi dalam sejarah Islam. Berasal dari keluarga Quraisy yang kaya raya, ia rela meninggalkan kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Karena keteguhan dan pengorbanannya, beliau diangkat menjadi duta Islam pertama, diutus langsung oleh Nabi ﷺ untuk mendakwahi penduduk Madinah.
Berbekal akhlak mulia dan kefasihan bicara, Mus’ab berhasil membuka hati tokoh-tokoh utama Madinah, sehingga terbentuk basis Islam yang kuat di sana. Ia menjadi pionir dalam dakwah damai, mendirikan sholat Jumat, dan mempersiapkan tempat hijrah Rasulullah ﷺ.
Pengorbanannya mencapai puncak ketika ia gugur sebagai syuhada dalam Perang Uhud, mempertahankan panji Islam hingga hembusan nafas terakhir. Sosoknya dikenang sepanjang zaman sebagai ikon perjuangan, pengorbanan, dan keberanian dalam menyebarkan Islam.
Isi Kandungan
Biodata Mus’ab Bin Umair
Mus’ab bin Umair (Arab: مصعب بن عمير) lahir dalam kalangan Banu Abd al-Dar. Tahun kelahirannya tidak diketahui, tetapi dijangka pada 594 hingga 598 Masihi kerana beliau memeluk Islam pada usia yang muda. Anak kepada Umair bin Hisyam dan Khunnas binti Malik ini tergolong dalam kalangan bangsawan sehinggakan pada usia kecil dia dibenarkan untuk menyertai mesyuarat para pembesar Quraisy.
- Nama lengkap: Mus’ab bin Umair bin Hasyim bin Abdu Manaf
- Julukan:
- Abu Abdullah
- Mus’ab al-Khayr – Mus’ab yang penuh kebaikan
- Suku: Bani Abdud Dar, suku Quraisy
- Tempat lahir: Makkah
- Tahun lahir: Sekitar 585–590 M
- Agama: Islam
Mus’ab Memeluk Islam
Mus’ab antara para sahabat yang masuk Islam pada penyebaran Islam secara sembunyi-sembunyi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam. Dia tertarik dengan bacaan al-Quran dan dakwah Rasulullah.
Kisah Mus’ab bin Umair Dan Ibunya
Pada mulanya, Mus’ab menyembunyikan keislamannya kerana tidak mahu mengguris hati ibunya. Tapi lama kelamaan ibunya tahu juga. Mus’ab telah cuba memujuk tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.
Khunas kemudian membawa anaknya Mus’ab ke sudut yang tersembunyi di rumahnya lalu dikuncilah Mus’ab dan tidak dibenarkan dia keluar daripada rumah.
Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi, lalu bertanya kepada ibunya.
Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islam.
Mus’ab memberitahu ibunya,
Andai kata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun dan nyawa ibu keluar satu demi satu, namun saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.
Mus’ab kemudian dihalau dari rumah, maka hilanglah segala kemewahan yang pernah dikecapi. Tidak lama selepas itu, Mus’ab telah mengikuti rombongan hijrah ke Habsyah.
Mus’ab Duta Pertama Islam
Mus’ab mempunyai akal yang cerdas, oleh itu Rasulullah telah memberi kepercayaan kepada Mus’ab untuk menjadi duta umat Islam ke Madinah. Di sana, dia ditugaskan berdakwah dan mengajar tentang Islam. Kisah lengkap di artikel ini.
Perang Yang Disertai Mus’ab Bin Umair
Mus’ab sempat menyertai Perang Badar dan Perang Uhud sahaja kerana beliau telah syahid ketika di Perang Uhud.
Keperwiraan Mus’ab di Perang Uhud
Mus’ab bin Umair pula memperlihatkan kecekalannya yang luar biasa mempertahankan diri Rasulullah dari serangan Ibni Qami’ah dan kuncu-kuncunya, di hari itu panji Islam di tangan Mus’ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera perang Nabi Muhammad itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin.
Kematian Mus’ab Bin Umair
Mus’ab telah mati syahid pada perang Uhud, berkenaan pengkebumiannya,
Dipetik dari kitab Raheeq al-Makhtum:
“Kata Abdul al-Rahman bin Auf: Mus’ab bin Umair terbunuh di dalam peperangan ini sedang beliau lebih istimewa dari ku, beliau pun sama juga, kerana bila hendak ditutup kakinya kepalanya akan terbuka dan kalau ditutup kepalanya kakinya akan terdedah. Dalam satu riwayat dari al-Khabbab yang menyebut: Bahawa Rasulullah telah berkata, ayuh tutup sahaja kepalanya sedang kakinya selimutkan dengan daun-daun Izkhir.
Wallahua’lam
Rujukan : https://akumuslim.asia/musab-bin-umair-sahabat-yang-meninggalkan-kekayaan/