IzdeenIzdeen

Kelebihan Solat Subuh dan Isyak Berjemaah

13 Mei 2022

Apa kelebihan Solat Subuh dan Isyak secara berjemaah?

Hadis Solat Subuh dan Isyak Berjemaah:

Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.

Pengajaran

Berdasarkan hadis solat berjamaah di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat ganjaran yang besar iaitu mendapat pahala seolah-olah solat sepanjang malam dan dijauhkan dari sifat munafik.

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan