Kelebihan Kayu Sugi

Izuan
kelebihan-kayu-sugi

Kayu sugi merupakan sejenis kayu yang digunakan untuk bersiwak. Terdapat banyak kelebihan kayu sugi.

Bersiwak atau dalam bahasa mudahnya membersihkan gigi menggunakan kayu sugi merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Terdapat pelbagai kelebihan jika bersiwak menggunakan kayu sugi.

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda khasiat kayu sugi. Terdapat pelbagai khasiat kayu sugi yang sangat istimewa jika kita dapat mengamalkannya.

Khasiat Kayu Sugi

1) Dapat membersihkan mulut
2) Menjadi sebab keredhaan Allah SWT.
3) Bersugi dapat menyebabkan syaitan marah.
4) Allah SWT dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
5) Bersugi dapat menguatkan gusi.
6) Dapat menghilangkan gelema. (gelema ialah benda pekat kekuning-kuningan dalam kerongkong dan hidung yang dikeluarkan ketika berkahak )
7) Mewangikan mulut.
8) Menghapuskan safra’. (Safra ialah sejenis penyakit)
9) Menguatkan pandangan mata.
10) Menghilangkan bau busuk mulut.
(Munabbihat Ibni Hajar)

Rasulullah SAW sangat memberatkan amalan bersiwak. Dalam banyak ibadah, Baginda SAW akan bersiwak terlebih dahulu.

Amalan ini sangat dititik beratkan oleh Baginda sehingga Baginda SAW pernah bersabda,

“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali berwudhu” (Muttafaq ‘alaihi).

Maka jika kita berkesempatan untuk mendapatkan kayu sugi, adalah digalakkan untuk kita bersiwak setiap kali berwudhuk.

kayu sugi
Contoh kayu sugi

Waktu yang sesuai untuk bersiwak:

1) Ketika berwudhuk
2) Ketika ingin bersolat
3) Ketika ingin membaca Al-Quran.
4) Ketika mahu bersama isteri.
5) Selepas makan.
6) Ketika bangun dari tidur.
7) Sebelum masuk ke dalam rumah.

khasiat kayu sugi

Cara Menggunakan Kayu Sugi

Berikut ialah cara untuk menggunakan kayu sugi:

  1. Yang pertama ialah kita membuang sedikit kulit hujung pada kayu sugi menggunakan pisau atau gigi.
  2. Yang kedua, gigit lembut di bahagian yang telah terpotong dengan gigi sehingga kelihatan seperti berus.
  3. Ketiga, berus gigi dengan menggunakan tangan kanan. Pegang kayu dengan cara meletakkan ibu jari dan jari kelinking dibawah, 3 jari selebihnya di atas.
  4. Berus gigi dengan melakukan angka 8.
  5. Basuh kayu sugi dan simpan dengan baik untuk diguna semula.
Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini