Kelebihan Bismillah 5 Pendinding Diri Penawar Penyakit

Izuan
bismillah 5

Bismillah 5 untuk apa?

Amalan Bismillah 5 kebiasaannya dijadikan sebagai pendinding diri dan ayat penyembuh(syifa) segala penyakit yang kita tak ketahui puncanya.

Saya cuba mencari asal usul dan dalil bismillah 5, tapi tidak jumpa. Sesuatu yang tiada dalam nas, tidak bermakna kita tidak boleh beramal dengannya. Lagipun setelah diteliti, bismillah 5 hanyalah himpunan 5 ayat bismillah dan maksud bismillah 5 ini tidak bercanggah dengan syarak.

Tetapi ketika beramal, janganlah sandarkan amalan ini kepada Rasulullah SAW.

Ada juga yang menggelar bismillah 5 Nabi Khidir, tapi yang ni saya no comment ye. Wallahua’lam

Dalil Kelebihan Bismillah

Sabda Nabi SAW :

كلُّ كلامٍ، أو أمرٍ ذي بالٍ لا يُفتَحُ بذِكْرِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ فَهوَ أبترُ

Maksudnya : “Setiap ucapan atau perkara yang tidak dimulai dengan mengingati Allah (zikrullah), maka amalan tersebut akan terputus.” 

[HR Ahmad (8712)]

Kelebihan Bismillah 5 dan Khasiatnya

  1. Menghalang jin dan syaitan
  2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
  3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
  4. Penawar penyakit gila meroyan.
  5. Melegakan bengkak dan benjol.
  6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Bismillah 5 Arab dan Rumi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْم

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

بِسْمِ اللهِ الشَّافِي

Bismillahi syafi

Dengan nama Allah yang menyembuhkan

بِسْمِ اللهِ الْكَافِي

Bismillahil kafi

Dengan nama Allah yang mencukupi

بِسْمِ اللهِ الْمُعَافِي

Bismillahil mua’fi

Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم

Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai un fil ardi wa la fissama’i wa huwas sami’ul alim

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Bismillah 5 Untuk Merawat

  • Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  • Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  • Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  • Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  • Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Amalan Bismillah 5

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.

Peringatan

Sekiranya ada yang sakit bolehlah cuba cara ni. Tak salah kalau kita cuba sebagai ikhtiar, tetapi iktikad kita mesti betul, iaitu yakin bahwa yang menyembuhkan itu hanya Allah yang Maha Esa.

Bacaan Bismillah 5

Wallahua’lam

Keywords : bismillah 5 pdf, ijazah bismillah 5, bismillah 7

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini