Izhar Halqi ialah salah satu hukum tajwid ketika membaca Al-Quran
Isi Kandungan
Maksud Izhar Halqi
Apakah Izhar Halqi?
Izhar dari segi bahasa bermaksud terang, jelas
Dari segi hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.
Disebut sebagai izhar halqi (إِظْهَار حَلْقِى) kerana keenam-enam hurufnya keluar dari kerongkong atau halkum (halq).
Huruf Izhar Halqi
Huruf izhar halqi ada enam iaitu :
- Ha — ح
- Kha — خ
- Ain — ع
- Ghain — غ
- Hamzah — ء
- Ha’ — ﻫ
Hukum Izhar Halqi
Izhar Halqi terjadi apabila nun mati( نْ ) atau tanwin( ــًــ , ــٍــ , ــٌــ ) bertemu salah satu huruf Izhar iaitu ح, خ, ع غ, ء, ﻫ.
Maka cara bacaannya itu adalah terang dan jelas (izhar) tanpa dengung.
Cara Bacaan Izhar Halqi
Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf ن) dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut. Hendaklah berhati-hati agar tidak berlaku saktah.
Contoh Izhar Halqi
1. Al-Baqarah : 47
ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
2. Al-Maidah : 3
مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ
3. Al-Anfal : 4
دَرَجَـٰتٌ عِندَ رَبِّهِمْ
4. Al-Furqan : 42
عَنْ ءَالِهَتِنَا
5. As-Sajdah : 7
كُلَّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ
Wallahua’lam
sumber – akuislam, tajwid-asas