Isteri Abu Lahab, Ummu Jamil Pembawa Kayu Api

Izuan
Isteri abu lahab

Isteri Abu Lahab, bernama Urwa binti Harb bin Umaiyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jamil

Perangainya tidak jauh beza dari suaminya, iaitu Abu Lahab ketika memusuhi Rasulullah (s.a.w).

Beliau membawa batang-batang duri untuk menjerangkap samar dijalan-jalan yang dilalui Rasulullah, malah di malam hari beliau datang ke hadapan rumah Rasulullah dengan meletakkan batang-batang duri di hadapan pintu rumah Rasulullah (s.a.w).

Selain dari itu lidahnya juga tidak kurang bisanya memaki hamun Baginda, mulutnya lancang membuat fitnah dan penipuan terhadap Baginda, memarakkan api fitnah, beliau adalah batu api menimbulkan perkelahian terhadap Rasulullah.

Disebabkan itu, turun ayat al- Quran yang menyifatkannya sebagai pembawa kayu api neraka.

وَّامْرَاَتُهٗ ۗحَمَّالَةَ الْحَطَبِۚ

Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah).

Surah al-Lahab : 4

Sebaik sahaja beliau mendengar ayat-ayat al-Quran turun mengenai dirinya dan suaminya, terus beliau mencari Rasulullah sambil membawa segenggam batu. Pada waktu itu, Baginda bersama-sama Abu Bakr sedang duduk di masjid al-Haram.

Pada saat istri Abu Lahab sudah mendekati lokasi Nabi saw, ia tidak bisa melihat Nabi saw, Allah swt membutakan matanya sehingga yang dilihat hanya ada Abu Bakar ra saja. Dengan suara kesal dia bertanya, “Abu Bakar dimana temanmu itu? saya dengar dia mengejek saya. Demi Allah kalau saja bertemu dia akan kupukul dia dengan batu ini. Demi Allah aku akan menjadi seorang penyair”.

Kemudian dia bersyair : Aku durhaka kepada pencela dan aku tidak mau agamanya.

Setelah istri Abu lahab (Ummu Jamil) pergi lalu Abu Bakar bertanya kepada Nabi saw. Rasulullah! apakah tuan tidak melihat dia ketika dia melihat tuan? Rasulullah menjawab : Dia tidak bisa melihat saya, Allah memalingkan matanya dari saya.

Jawab Rasulullah, beliau tidak dapat melihat daku, sebenarnya Allah telah pun membutakan matanya hingga tidak melihat daku.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini