Hukum Tinggal Solat Jumaat

Izuan
Hukum Tinggal Solat Jumaat

Hukum Solat Jumaat ialah fardu ain bagi lelaki, tidak diwajibkan bagi wanita dan kanak-kanak.

Firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Surah al-Jumu`ah, 62:9)

Persoalan Berkaitan Isu Solat Jumaat:

Hukum Tinggal Solat Jumaat Sebab Kerja

  1. Seseorang mukalaf tidak boleh meninggalkan Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
  2. Termasuk dalam keuzuran meninggalkan Jumaat ialah tugasan kritikal seperti pengawal keselamatan, petugas kesihatan, petugas trafik udara dan darat, anggota tentera, polis, bomba dan penyelamat, dan seumpamanya yang terpaksa bertugas di waktu Jumaat dan tiada pengganti lain yang tidak diwajibkan Jumaat seperti orang bukan muslim, wanita atau orang yang bermusafir.
  3. Seseorang yang tidak menunaikan Jumaat disebabkan keuzuran hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor.  
  4. Seorang mukalaf hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk menghadiri solat Jumaat. Jika sekiranya dia terpaksa meninggalkan Jumaat disebabkan keuzuran yang dibenarkan, dia hendaklah berusaha mengelakkan daripada meninggalkannya sebanyak tiga kali berturut-turut.

Hukum Tinggal Solat Jumaat 3 Kali Berturut-turut

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan tiga kali Solat Jumaat kerana mengambil ringan akannya, nescaya Allah SWT akan mengunci mati hatinya.

 Riwayat Abu Daud (1052) dan al-Nasa’ie (1369)

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali hanya terpakai kepada mereka yang melakukannya kerana malas dan tanpa keuzuran serta sebarang sebab.

“Adapun jika ada keuzuran dan juga darurat yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan solat Jumaat, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman seperti yang dinyatakan di dalam hadith,” ujarnya.

Boleh Tinggal Solat Jumaat Jika Musafir?

Ada dua pendapat, mengikut Mazhab Imam Syafie,

Pendapat Pertama:

musafir jumaat
Inilah pendapat jadid (baru) Imam al-Syafie, pendapat azhar menurut ahli Iraq, dan jumhur ulama. Rujuk al-Mu’tamad (1/496)

Pendapat Kedua:

Mereka berpendapat gugur kewajipan solat Jumaat jika bertolak musafir selepas fajar dan sebelum tergelincir matahari.

Inilah pendapat qadim (lama) Imam al-Syafie, Syeikh Harmalah, dan dinukilkan juga oleh al-Syirasi di dalam al-Muhazzab dengan qias harusnya menjual harta zakat sebelum sampai haulnya. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/498-499).

Kami cenderung kepada pendapat yang kedua ini dengan keterangan berikut. Suasana mutakhir ini banyak perjalanan bergantung kepada jadual bas, kereta api dan kapal terbang yang berlepas selepas fajar. Jika kenderaan bertolak pada jam 11.00 pagi contohnya, adalah menyukarkan bagi seseorang untuk keluar daripada kampungnya sebelum fajar dan perlu menunggu lama. Namun, hendaklah musafir itu atas tujuan yang mubah/harus, bukan makruh ataupun haram.

Sumber : mufti wilayah

Hukum Tinggal Solat Jumaat Sebab Tidur?

Maka sesiapa sahaja yang terlepas solat Jumaat sama ada disebabkan musafir, sakit, perasaan takut, tertidur, dan sebagainya, hendaklah dia mendirikan solat Zohor sebagai ganti kepada solat Jumaat tersebut.

Dalil dan hujah untuk pernyataan di atas boleh rujuk di artikel ini

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini