7 Kelebihan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Izuan
kelebihan hari jumaat

Kita selalu dengar yang Hari Jumaat penghulu segala hari(Sayyidul Ayyam) ataupun hari yang berkat, tetapi pernah tak terfikir kenapa?

Keberkatan hari Jumaat terbukti berdasarkan beberapa hadis kelebihan hari Jumaat di bawah.

Diriwayatkan dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” [Hadis Riwayat  Muslim (856)]

Isi Hadith
– Kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya
– Penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya,
– Umat Islam pula telah dianugerahkan oleh Hari Jumaat oleh Allah SWT

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

1. Hari Pengampunan Dosa

Hadith Hari Jumaat :

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]

2. Doa Hari Jumaat Mustajab

Rasulullahﷺ bersabda:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر يوم الجمعة ، فقال : فيه ساعة ، لا يوافقها عبد مسلم ، وهو قائم يصلي ، يسأل الله تعالى شيئا ، إلا أعطاه إياه . وأشار بيده يقللها

“Rasulullahﷺ menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari (Jilid 5) ketika menjelaskan hadits ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud.

Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang kuat.
1. Waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai shalat Jumaat
2. Setelah asar sampai terbenamnya matahari
3. Setelah asar, namun diakhir-akhir hari Jumaat.
4. Menggabungkan semua pendapat yang ada
. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan”. Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jum’at tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu ‘Abdil Barr.

3. Kelebihan sedekah hari Jumaat

Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

4. Kelebihan meninggal hari Jumaat

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khotimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

5. Hari Terselamat Daripada Seksa Kubur

Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.

Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

6. Kelebihan Hari Jumaat ialah Meraih Pahala

Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.

Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).

7. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda: 

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”.

[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Isi Hadith:

Ganjaran saat pertama – berkorban seekor unta
Saat kedua – berkorban seekor lembu
Saat ketiga – berkorban seekor kibas
Saat keempat – memberi hadiah seekor ibu ayam
Saat kelima – sebiji telur

Kesimpulan

Kebaikan hari Jumaat yang barakah perlulah kita manfaatkan kerana keistimewaan dan kemuliaan hari Jumaat dalam Islam, melebihi hari-hari lain.

Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini dengan mengamalkan sunnah hari Jumaat agar kita tidak mensia-siakan fadhilat hari Jumaat.

Jom kita selawat hari Jumaat dulu :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim

Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah kepada-Nya serta memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal soleh. Amin.

sumber – kelebihan hari jumaat mufti wilayah, syafiqolbu, page fb Dr. Rozaimi Ramle

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
1 year ago

[…] Kelebihan Hari Jumaat […]

1 year ago

[…] Jumaat mempunyai kelebihan tersendiri bagi umat Islam, dan digelar sebagai penghulul segala hari. Berikut ialah beberapa sunnah hari jumaat berdasarkan al-Quran dan […]