Hukum Solat Dalam Gelap

Izuan
solat dalam gelap

Apa hukum solat dalam gelap? Boleh ke solat dalam gelap?

Kadang-kadang ada terdengar orang cakap, “kalau sembahyang dalam gelap nanti sembahyang dengan syaitan”, tapi ini tidak benar sama sekali.

Sekiranya kita berpendapat yang solat dalam gelap ni boleh tambah khusyuk,jadi amat digalakkan sekali atau sunat untuk kita menunaikan solat dalam keadaan sebegini. Namun jika boleh mendatangkan keraguan kepada orang lain eloklah solat dalam keadaan yang terang.

Nabi sendiri telah mendirikan solat dalam keadaan yang gelap kerana zaman Nabi takda elektrik, tetapi ingat,jika anda mengatakan menunaikan solat dalam gelap adalah sunnah Nabi, maka ia akan menyalahi hukum syarak, ini kerana perbuatan Nabi mendirikan solat dalam gelap adalah bersesuaian dengan zaman Nabi ketika itu.

Hukum sembahyang dalam gelap menjadi makruh kerana dikhuatiri ada najis yang jatuh di tempat solat kita, tapi kita tidak perasan.

Kesimpulannya, jika ingin solat dalam gelap, janganlah gelap gelita, pastikan ada sedikit cahaya, itu lebih elok.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini