Hukum Puasa Ramadan

Izuan
hukum puasa ramadhan

Apa hukum puasa Ramadan?

Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Hukum puasa Ramadan adalah wajib bagi umat Islam.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.

Dalil Diwajibkan Puasa Ramadan

Firman Allah SWT:

image 4

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah al-Baqarah: 183)

Syarat Wajib Berpuasa

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Baligh

Syarat Sah Puasa

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari haid dan nifas
  4. Pada hari yang dibolehkan
    • Ada beberapa hari yang diharamkan bagi Muslim menjalankan ibadah puasa diantaranya, 1 Syawal, 10 Dzulhijjah, 11, 12, 13, Dzulhijjah, puasa hari syak.

Wallahua’lam

sumber – haibunda, suara

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini