Hukum Korek Telinga Batal Puasa?

Izuan
korek telinga batal puasa

Apa hukum korek telinga ketika puasa, adakah batal puasa?

Dulu-dulu selalu salah faham tentang perkara ini, sehinggakan ramai yang tahan diri daripada mengorek telinga atau korek hidung kerana takut batal puasa.

Kenapa timbul salah faham ini?

Ini kerana antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.

Dalam Fiqh Manhaji ada dijelaskan, masuknya sesuatu itu ke dalam rongga, sampai ke bahagian dalam badan yang melepasi tekak atau sampai ke otak.

Contoh mudah, seperti makan. Dari makanan di luar badan, masuk ke dalam rongga mulut, dan akhirnya sampai ke perut. Itulah yang dimaksudkan dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Ia melepasi tekak.

Sekiranya ia hanya berlegar di bahagian lubang telinga saja, itu belum batal lagi. Jari itu hanya berada di ruangan telinga, bukannya melepasi tekak atau otak. Tak masuk melepasi gegendang telinga.

Kesimpulan

Maka korek telinga ataupun hidung, menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong adalah tidak membatalkan puasa. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini