Apa hukum beri salam pada ahli kubur?
“Assalamualaikum ya ahli kubur, minal muslimin wal muslimat, al-fatihah”, mesti pernah dengar kan orang cakap ayat ni masa lalu kawasan perkuburan. Ada ke dalam ajaran Islam?
Jom belajar sama-sama!
Dalil Beri Salam Pada Ahli Kubur
Berkata Imam Nawawi :
قَالَ أَصْحَابُنَا – رَحِمَهُمْ اللهُ – و يُسْتَحَبُّ لِلزّائِرِ أَنْ يُسَلِّمَ عَلَى الْمَقَابِرِ و يَدْعُو لِمَنْ يَزُورُهُ و لِجَمِيعَ أهْلِ الْمَقْبَرَةِ
Artinya : “Berkata olih ashab kami : Dan disunatkan bagi yang ziarah kubur bahawa memberi salam atas penghuni kubur dan berdoa bagi penghuni kubur yang ia ziarah itu dan juga bagi penghuni yang lain.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar juga menyebutkan:
“Disunatkan bagi penziarah kubur untuk memperbanyakkan membaca al-Quran, zikir dan doa untuk ahli perkuburan tersebut, seluruh orang lain yang telah meninggal dunia serta kaum Muslimin keseluruhannya. Disunatkan juga selalu menziarahi kubur dan selalu berdiri di sisi kubur-kubur orang yang baik dan soleh.“
Sekurang-kurang lafaz salam kepada penghuni kubur ialah seperti salam yang biasa yang diucapkan sesama orang hidup yaitu :
Lafaz salam pada ahli kubur (ringkas)
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ
Lafaz salam pada ahli kubur (lengkap)
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ
assalamualaikum dara qaumin mukminin, wa ataakum ma tua’dun, ghodan muajjalun, wa inna in shaa Allahu bikum laa hikuun
“Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insyaAllah akan bertemu dengan kamu sekalian.”
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠﻰَ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺪِّﻳَﺎﺭِ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦَ، ﻭَﻳَﺮْﺣَﻢُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘْﺪِﻣِﻴْﻦَ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻭَﻣِﻨَّﺎ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﺄْﺧِﺮِﻳْﻦَ، ﻭَﺇِﻧﺎَّ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ .
assalamualaikum a’la ahlid diyaar minal mukminina wal muslimin, wa yarhamullahul mustaqdimina minkum wa minna wal mustakhirin, wa inna in shaa Allahu bikum laa hikuun
“Selamat sejahtera atas penghuni kubur dari mukminin dan muslimin. Semuga Allah merahmati yang terdahulu dari kamu semua dan dari kami yang terkemudian. Dan kami insyaAllah akan bersama kamu.”
Kedua-dua lafaz salam di atas diriwayatkan olih Imam Muslim di dalam sahihnya.
Wallahua’lam
rujukan :