Hari Tasyrik Diharamkan Berpuasa

Izuan
hari tasyrik

Apa itu Hari Tasyrik?

Hari Tasyrik ialah hari selepas Hari Raya Aidiladha iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa, bahkan di dalam sebuah hadis hari-hari Tasyrik digelar hari makan minum.

Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah  bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Amalan Pada Hari Tasyrik

Menyembelih Binatang Korban

Sunnah untuk berkorban terutama bagi umat Islam yang mampu. Dengan berkurban, juga akan berbagi kenikmatan kepada orang-orang disekitarnya berupa hidangan istimewa dari haiwan sembelihan. Terdapat beberapa kriteria memilih haiwan kurban, seperti berkualitas baik, berisi, tidak sakit, tidak cacat, cukup umur, dan sebagainya.

Menikmati Makan dan Minum

Dilarang berpuasa pada Hari Tasyrik, dan nikmatilah makanan dan minuman dengan penuh kesyukuran.

Perbanyak Berzikir dan Bertakbir

Setiap kali lepas solat, jangan lupa untuk bertakbir. Panduan takbir raya ada di link ini.

Membaca Doa

Doa yang digalakkan ialah, doa kebaikan dunia dan akhirat. Ataupun di Indonesia doa ini digelar doa sapu jagat.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa, aatinaa fid dunyaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar

Artinya: “Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka.”

Penutup

Berikut beberapa amalan dan keutamaan yang dianjurkan dikerjakan pada saat Hari Tasyrik. Selain diberi kemurahan oleh Allah untuk tidak berpuasa dan menikmati berbagai sajian daging kurban, alangkah baiknya kita tetap berdzikir, berdoa, dan bersedekah di hari tasyrik ini.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini