Hamzah bin Abdul Muttalib RA ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang paling berani dan dihormati, serta menjadi bapa saudara yang paling rapat dengan Baginda. Dikenali sebagai Singa Allah dan Pemimpin Para Syuhada, beliau memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam sejak awal.
Keberanian dan kesetiaannya kepada Nabi ﷺ tidak tergoyahkan, malah syahidnya dalam Perang Uhud menjadi titik penting dalam sejarah jihad dan pengorbanan umat Islam. Kisah tragis tetapi penuh pengajaran ini menjadikan Hamzah antara tokoh paling dikenang sepanjang zaman.
Biodata Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
Nama penuh: Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim
Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah
Tahun lahir: Sekitar 570 Masihi — sebaya dengan Nabi SAW
Julukan:
- Asadullah (Singa Allah)
- Sayyid asy-Syuhada (Pemimpin Para Syuhada)
Keturunan: Quraisy – Bani Hasyim
Status: Bapa saudara kandung Nabi Muhammad ﷺ
Hamzah merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Dikhabarkan umurnya dengan Nabi Muhammad tidak jauh beza, namun tidak diketahui secara jelas. Mereka membesar bersama dan menjadi adik-beradik susuan kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.
Hamzah pada waktu mudanya suka menghabiskan masa dengan aktiviti memburu. Beliau terkenal dengan kepakaran menunggang kuda dan memanah.

Saidina Hamzah Masuk Islam
Pada mulanya Saidina Hamzah tidak tertarik dengan Islam, namun setelah melihat anak saudaranya Rasulullah selalu dibuli oleh kaum Quraisy, timbul rasa tanggungjawab yang kuat untuk melindungi Nabi Muhammad. Pada suatu hari, Abu Jahal telah berlebihan ketika mengganggu Rasulullah, tidak sanggup melihat anak saudaranya diejek, Hamzah terus memeluk Islam.
Selepas membela Nabi, Hamzah berkata:
“Bagaimana kamu hina anak saudaraku? Ketahuilah aku juga memeluk agamanya! Lakukan apa yang kamu mahu!”
Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Keislaman Hamzah memberi kekuatan besar kepada umat Islam yang pada masa itu masih lemah di Makkah.
Sifat & Karakter
- Pemberani & Tegas: Menantang Abu Jahal bertarung di Badar
- Penyayang: Membela Nabi ﷺ sejak sebelum masuk Islam
- Zuhud: Menolak harta dunia – lebih memilih jihad
Kedudukan Hamzah di Sisi Nabi
✅ Bapa saudara & saudara susuan Nabi SAW.
✅ Pembela Nabi di Makkah & medan perang.
✅ Orang terawal yang membawa kekuatan fizikal kepada Islam.
✅ Nabi menyebutnya sebagai “Penghulu para syuhada”.
Perang Yang Disertai Saidina Hamzah
Perang Badar
Pada perang Badar, Hamzah merupakan salah seorang panglima perang yang gagah berani. Kehebatan Saidina Hamzah di medan perang meningkatkan semangat umat Islam secara keseluruhan. Umat Islam telah menang pada Perang Badar dalam keadaan 313 melawan 1000 kaum Quraisy.
Perang Uhud
Ramai musuh yang terkorban di hujung mata pedang Saidina Hamzah pada waktu peperangan Uhud, namun Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.
Setelah itu ada kisah tentang Hindun makan hati Hamzah, namun kesahihan kisah ini menjadi persoalan. Boleh rujuk artikel Dr. Zulkifli al-Bakri, mufti wilayah untuk penjelasan lanjut:
Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:
“Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Ketika melihat jasad Saidina Hamzah, Rasulullah berasa amat sedih. Rasulullah pun memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak saudaranya.
Wafat
- Wafat: Tahun 3 H / 625 M
- Tempat: Syahid dalam Perang Uhud
- Usia ketika wafat: ± 59 tahun
- Dimakamkan: Bukit Uhud, Madinah al-Munawwarah
- Gelaran semasa wafat: Sayyid asy-Syuhada (Pemimpin Syuhada)
“Semoga Allah merahmati sang pahlawan sejati, yang hidup dan matinya penuh kemuliaan.”
Hebatnya!