Hadis berkaitan Ramadan dan Puasa

Izuan
hadis berkaitan ramadan

Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam ketiga yang telah disyariatkan kepada kita bermula dari tahun ke-2 hijrah lagi. Justeru, terdapat banyak hadis yang diriwayatkan berkenaan ibadah fardhu ini; di samping hadis sahih terdapat juga riwayat-riwayat dusta yang telah disandarkan kepada baginda Nabi SAW.

Contohnya yang masyhur dalam masyarakat kita adalah hadis daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku”.

Hadis-Hadis Ramadan :

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Wallahua’lam

sumber – ikimfm, muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini