Apa maksud hadas dalam Islam? Apa beza hadas kecil dan hadas besar?
Dalam artikel ini, kita akan belajar sama-sama tentang pengertian hadas, pembahagian hadas dan perkara yang diharamkan bagi orang berhadas.
Isi Kandungan
Pengertian Hadas
Maksud hadas (حدث) : keadaan tidak suci diri yg menyebabkan tidak boleh beribadat (sembahyang, tawaf dll)
Hadas terbahagi kepada dua iaitu hadas kecil dan hadas besar.
Hadas Kecil dan Contohnya
Apa itu hadas kecil?
Maksud hadas kecil ialah keadaan tidak suci menyebabkan seseorang harus bersuci dengan berwudhu atau tayamum jika ingin melakukan ibadat tertentu.
Contoh hadas kecil:
- Keluar sesuatu dari qubul atau dubur samada benda itu padat, cair atau angin.
- Bersentuhan lelaki dan perempuan yang sudah baligh dan bukan mahram.
- Menyentuh kemaluan baik kemaluan sendiri atau orang dengan menggunakan tapak tangan atau jari.
- Hilang akal disebabkan mabuk, pitam atau gila
Hadas Besar dan Contohnya
Apakah hadas besar?
Maksud hadas besar ialah keadaan tidak suci menyebabkan seseorang harus mandi wajib atau tayamum.
Contoh hadas besar:
- Bagi wanita, keluar darah haid, nifas atau wiladah.
- Keluar air mani
- Jima’, persetubuhan antara suami isteri.
- Meninggal dunia
Larangan Ketika Berhadas
- Solat
- Tawaf
- Menyentuh dan menanggung al-Quran
- Membaca khutbah
- Sujud tilawah dan Sujud syukur
- Berada di dalam masjid bagi wanita yang haid
Kesimpulan
Kita perlu pandai membezakan antara hadas kecil dan besar kerana cara bersuci hadas besar ialah dengan mandi wajib atau tayamum. Manakala cara mensucikan hadas kecil ialah dengan berwuduk atau tayamum.
Ilmu yang benar tentang jenis hadas besar dan kecil penting kerana antara syarat sah solat ialah suci daripada hadas.
Wallahua’lam