Saidatina Fatimah az-Zahra (RA) ialah puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Biodata Fatimah az-Zahra
Nama : Fatimah binti Muhammad
Bangsa : Quraisy
Tarikh Lahir : 20 Jamadilakhir 605M (5 tahun sebelum Nabi Muhammad terima wahyu)
Tempat Lahir : Makkah Al-Mukkaramah
Tarikh Wafat : 4 Jamadilawal 11H(28 tahun) (6 bulan selepas Nabi wafat)
Gelaran : AZ-Zahra’(putih berseri)
Nama Suami : Ali bin Ali Talib
Anak Fatimah dan Ali: Hassan, Hussin, Zainab
Makam : Al-Baqi’, Madinah
Sifat Mulia Fatimah Az-Zahra
Sabar Menghadapi Musibah Kematian Keluarganya
- Sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah.
- Sabar menghadapi kematian kakaknya Ruqaiyyah, Zainab dan Umi Kalthum.
- Mengambil tempat ibunya untuk menjaga Rasulullah.
- Sabar menghadapi kematian ayahandanya Rasulullah orang yg paling disayangi.
Taat Kepada Ayahnya
- Menjaga Rasulullah selepas kematian ibunya.
- Menjaga makan minum Ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan ”Ummu Abiha” (Ibu kepada Ayahnya ).
- Beliau tidak berkahwin sehingga Ayahandanya berrkahwin dengan Siti Aisyah.
- Walaupun Mahar(maskahwin ) yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan ayahandanya.
Taat Pada Suami
- Setia kepada suami
- Menjaga maruah sebagai isteri.
- Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti.
- Tidak pernah engkar suruhan suami
- Menyokong perjuangan dakwah suami.
Perkahwinan Dengan Saidina Ali R.a
Pada tahun ke-2 hijrah, iaitu setelah Perang Badar, Saidina Ali bin Abi Talib menikahi puteri kesayangan Baginda ini. Fatimah rela dinikahi oleh Saidina Ali meskipun hidup miskin. Namun, Ali adalah pemuda bertuah kerana dikisahkan Rasulullah pernah menolak pinangan beberapa orang pemuda yang ingin menikahi Fatimah, termasuklah Saidina Abu Bakar.
Selepas bernikah, hidup mereka berdua serba sederhana tetapi cukup bahagia. Daripada Fatimah az-Zahra jugalah lahirnya 2 orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Hussain.
Walaupun hidup susah, Fatimah dan Ali sangat pemurah. Bahkan Fatimah tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.
Terdapat satu zikir yang dinamakan Zikir Fatimah. Zikir ini khusus diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Siti Fatimah ketika dia merasa kepenatan menguruskan rumah dan kerja seharian tanpa pembantu rumah.
Saidatina Fatimah wafat 6 bulan setelah kewafatan Nabi SAW, pada usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi’, Madinah. Semoga kisah hebat tentang beliau ini dapat menjadi suntikan semangat dan inspirasi buat kita. Insha Allah.
Wallahua’lam