Tasbih Zikir Fatimah Sebelum Tidur

Izuan
zikir fatimah

Zikir Fatimah merupakan himpunan zikir yang diajar Rasulullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra RA. Antara kelebihan zikir Fatimah ialah memberi kekuatan pada diri untuk menyelesaikan urusan sepertimana tersebut dalam hadis di bawah.

Hadis Zikir Fatimah

Dari ‘Ali bin Abi Thalib RA ketika menceritakan kisah Fatimah RA binti Muhammad SAW.

Suatu hari, Fatimah RA mendatangi Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba). Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah RA,

أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

“Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.”

‘Ali RA berkata,

فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ

“Aku tidak pernah meninggalkan amal itu setelahnya (setelah ‘Ali RA mendengarnya dari Nabi SAW).”

Ditanyakan kepada ‘Ali bin Abi Thalib RA,

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ؟

“Bagaimana ketika malam perang Shiffin?” (iaitu peperangan yang masyhur, yang terkadang melalaikan seseorang daripada berzikir kepada Allah Ta’ala).

 ‘Ali RA menjawab,

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ

“Tidak sesekali (aku tinggalkan) walaupun ketika perang Shiffin.”

(HR. Bukhari &  Muslim)

Zikir Fatimah Rumi

Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x ditambah dengan La ilaha illallah wahdahu la syarikalahu lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiinqodir.

Pada yg belum pernah mengamalkan lagi Tasbih Fatimah sebelum tidur, bermula dari malam ini, marilah kita amalkannya. Istiqamahlah dgn amalan tersebut dan InsyaAllah kita akan rasai kelebihan Tasbih Fatimah sewaktu kita bangun dari tidur.

Wallahua’lam

Rujukan:

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Zikir Fatimah […]

2 years ago

[…] satu zikir yang dinamakan Zikir Fatimah. Zikir ini khusus diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Siti Fatimah ketika dia merasa kepenatan […]