Doa Nabi Sulaiman Diberikan Kekayaan

Izuan
doa nabi sulaiman

Mari kita sama-sama belajar tentang Doa Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Ringkasan kisah Nabi Sulaiman boleh dibaca di artikel ini.

3 Doa Nabi Sulaiman

1. Doa dikurniakan kerajaan

image 18
(Surah Sad : 35)

Rabbighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka antal wahhaab.”

Ia berkata, “Ya Tuhan-ku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi”.

2. Doa agar mensyukuri nikmat

Dalam Al-Qur`an surat An-Naml ayat 19:

Picture11

“Rabbi awzi’nii an asykura ni’mataka latii an’amta ‘alayya wa’alaa waalidayya wa-an a’mala shaalihan tardaahu wa-adkhilni birahmatika fii ‘ibaadika shshaalihiin.”

Artinya : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”

3. Doa untuk menundukkan haiwan dan menghalau jin

Seperti yang tercatat dalam al-Quran, Nabi Sulaiman dianugerahkan mukjizat berupa ilmu pengetahuan mukjizat yang diajarkan ALLAH sebagai seorang manusia dan Nabi.

Baginda dapat bercakap dan memahami bahasa haiwan dan jin. Dengan anugerah itu, kesemua haiwan dan jin di muka bumi ini tunduk akan perintah baginda. Berikut doa yang boleh diamalkan seperti yang dirakamkan di dalam surah An-Naml ayat 30 dan 31.

“Sesungguhnya itu daripada Sulaiman yang isinya, Dengan nama ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG. Janganlah engkau berlaku sombong terhadap-KU dan datanglah kepada-KU sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Wallahua’lam

Keywords: surah nabi sulaiman, ayat nabi sulaiman, amalan doa

sumber – kompas

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini