Doa Nabi Yunus

Izuan
doa nabi yunus

Doa Nabi Yunus atau Zikir Nabi Yunus merupakan satu bacaan yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut Ikan Nun.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sesungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

(Surah al-Anbiya ayat 87)

Kelebihan Doa Nabi Yunus

1. Keluar Dari Masalah

Umum mengetahui, doa ini adalah doa yang di baca oleh nabi Yunus ketika dia berada dalam perut ikan yu. Doa ini di bacakan untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT supaya di keluarkan dari masalah yang di hadapi. Justeru itu, jika kita mengalami kesulitan atau menghadapi sebarang kesulitan, bacalah doa ini supaya kita dapat jalan penyelesaian kepada kesulitan yang kita hadapi.

2. Diberikan Ketenangan Hati

Selain itu, bagi mereka yang mengamalkan doa nabi Yunus ini, ia akan diberikan ketenangan hati terutama sekali sewaktu berada dalam keadaan yang genting. Ini kerana tiada masalah yang terlalu besar bagi Allah Yang Maha Besar.

3- Memohon Petolongan Kepada Allah Sahaja

Bukan itu sahaja, dengan membaca doa ini juga membuktikan bahawa kita hanya memohon pertolongan dari Allah dan hanya bergatung harap pada Allah semata-mata. Ia secara tidak langsung membuktikan yang kita tidak memohon pertolongan kepada benda lain atau makhluk kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa di seluruh sekalian alam.

Wallahua’lam

sumber – akuislam, ismaweb

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini