Doa Nabi Isa

Izuan
doa nabi isa

Doa Nabi Isa ketika dicabar oleh kaumnya tercatat dalam Surah al-Ma’idah ayat 114.

Pada satu ketika, orang-orang Hawariyyun pernah meminta untuk diberikan makanan daripada langit, lalu Nabi Isa telah mengingatkan mereka untuk menjauhi sikap yang ditunjukkan oleh Bani Israel.

Ini diceritakan menerusi firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 112-115.

image 21
(Surah Al-Maidah : 112)

Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya  Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman”.

image 22
(Surah Al-Maidah : 113)

Kemudian, mereka pula berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri.”

Nabi Isa a.s. pun mengingatkan kepada golongan Hawariyyun itu dengan memberikan penegasan bahawa, “Jika kamu sudah mendapat makanan, tetapi kamu tidak mahu beriman, maka kamu akan mendapat seksaan yang teruk di akhirat nanti.”

Lalu, Nabi Isa pun berdoa kepada Allah seperti yang dijelaskan dalam al-Quran,

Doa Nabi Isa

image 20
(Surah Al-Maidah : 114)

“Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Kemudian peringatan kepada sahabat Nabi Isa itu diperkuatkan lagi menerusi janji Allah kepada mereka yang memungkiri setiap daripada permintaannya itu dengan berkata,

“Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk”.(Surah Al-Maidah ayat 115)

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini