Doa Mudah Ingatan Dan Untuk Menghadapi Peperiksaan (Rumi)

Izuan

Di bawah ini adalah beberapa doa yang boleh di amalkan untuk kita menghadapi peperiksaan. Doa untuk menglangkaji pelajaran, doa sebelum masuk dewan peperiksaan, doa ketika lupa menjawab soalan, doa mohon keputusan cemerlang dan doa kuatkan ingatan dan tidak mudah lupa.

1. Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna

image 1

Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

2. Doa Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

image 2

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

“Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)”

3. Doa Terlupa

image 3

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)”.

4. Doa Memohon Kejayaan Cemerlang 

image 4

(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)

“Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh”.

5. Doa Kuatkan Ingatan Dan Tidak Mudah Lupa

image 5

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

PERSEDIAAN MENTAL / TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6. Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 

  1. Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2. Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3. Lihat semua soalan.

4. Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5. Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6. Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini