Doa, Zikir, Bacaan Al-Quran Kuat Ingatan (Rumi)

Izuan
doa kuat ingatan

Sesungguhnya rezeki untuk mempunyai ingatan yang kuat adalah degan keizinan Allah dan kita harus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan ingatan yang kuat.

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk kuat ingatan contohnya melalui amalan zikir dan doa.

Untuk tak mudah lupa, doa ini wajar diamalkan selalu seperti selepas solat dan sebelum belajar.

Doa Kuat Ingatan

1. Al-Qur’an surat Al-Anbiya ayat 79

فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ يَا حَيُّ، يَا قَيُّوْمُ، يَا رَبَّ مُوْسَى وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ، وَيَا رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةَ وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

afahhamnā Sulaimāna, wa kullan ātaynā hukman wa ‘ilman, wa sakhkharnā ma‘a dāwūdal jibāla yusabbihna wat thayra, wa kunnā fā‘ilīn. Yā hayyu, yā qayyūmu, yā rabba Mūsā wa Hārūn, wa rabba Ibrāhīm, way ā rabba Muhammadin shallallāhu ‘alayhi wa sallama ‘alayhim ajma‘īn. Allāhummarzqniyal fahma, wal ‘ilma, wal hikmata, wal ‘aqla, bi rahmatika, yā arhamar rāhimīn.

“Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua. Wahai zat yang hidup, wahai zat yang tegak, wahai Tuhan Musa, Harun, Tuhan Ibrahim, wahai Tuhan Muhammad SAW. Ya Allah, karuniakan aku pemahaman, ilmu, kebijaksanaan, dan akal dengan rahmat-Mu wahai zat yang maha pengasih.”

2. Doa agar ingatan kuat dan tajam ketika menghafal sesuatu.

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا يَارَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْ سَلِيْنَ وَإِلْهَامَ ألْمَلاَ ىِٕكَةَ ألْمُقَرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahummarzuqna ya robbi fahman-nabiyyina. Wahifzholmursalin, wa ilhamal-malaaikatil-muqorrobin fi’afiatin ya arhamarrohimin.

Artinya: “Ya Allah, karuniailah kami paham para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, juga kurniakanlah kami kesehatan wahai Maha Penyayang.”

3. Ini doa agar ingatan kuat dan tajam serta termasuk dalam golongan orang-orang yang saleh atau berbakti kepada-Nya.

 اللَّهُمَّ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِي فَهْمًا، وَاجْعَلْنِي مِنَ الصَّالِحِيْنَ

Robbi zidni’ ilmaa, warzuqni fahma waj’alnii minash shoolihin

Artinya: “Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman, Dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang saleh.”

Sehingga ilmu yang diperoleh tidak hanya menjadi pengetahuan semata, tetapi juga dapat diimplementasikan dalam kehidupan sehari-hari secara bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain.

Zikir Kuat Ingatan

  1. Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 100x pada waktu pagi dan 100x pada waktu petang.
  2. Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x pada setiap kali selepas solat fardhu
  3. Ya Rahman 100x pada setiap kali selepas solat fardhu

Amalan Kuat Ingatan

  1. Mengamalkan solat tahajjud pada setiap malam
  2. Baca surah Al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah pada air zam-zam. Kemudian minumnya sebanyak 3 teguk pada waktu pagi. Ulang kesemuanya pada waktu petang dan sebelum tidur.
  3. Sentiasa menjaga wudhu
  4. Makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
  5. Minum segelas susu sebelum dan selepas tidur
  6. Bersiwak
  7. Berpuasa
  8. Baca Al-Quran
  9. Solat sunat istikarah sebelum tidur
  10. Jaga waktu tidur – tidur awal dan cukup
  11. Tidak menghisap rokok
  12. Tidak melihat tayangan lucah, kotor atau mendedahkan aurat
  13. Amalkan solat dhuha setiap hari
siwak

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
4 months ago

That’s really amazing collection about Doa kuat ingatan. Thanks for sharing. I really love it.

4 months ago

That’s really amazing collection of doa kuat ingatan. I really love it. Thanks for sharing.