Doa Minta Hujan Turun, Elak Kemarau

doa minta hujan

Artikel berikut ialah tentang doa minta hujan dan doa ketika hujan.

Hujan merupakan antara rahmat Allah yang terbesar di muka bumi ini. Air hujan dapat membasahi tanaman, menjadi minuman haiwan dan menenangkan jiwa.

Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

al-Ghafir:60

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Doa Minta Hujan

اَللَّھُمَّ أَسْقِنَا غَیْثًا مُغِیْثًا مَرِیْئًا مَرِیْعًا، نَافِعًا غَیْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَیْرَ آجِلٍ

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda”

HR. Abu Dawud: 1/303, dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud: 1/216


اَللَّھُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّھُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّھُمَّ أَغِثْنَا

“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami”

HR. Bukhari: 1/224 dan Muslim: 2/613


اَللَّھُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَھَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَیِّتَ

Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hamba-Mu, hewan ternak, berilah rahmat-Mu dengan merata, dan suburkan bumi-Mu yang tandus.

HR. Abu Dawud: 1/305 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud: 1/218.

Wallahua’lam

Sumber – muftiwp, popbela

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini