Doa Ketika Hujan Turun, Doa Hujan Bermanfaat

Izuan
doa ketika hujan rumi

Jom amalkan doa ketika hujan ini supaya hujan yang turun itu membawa manfaat dan bukan mudarat.

Jika hujan telah turun tetapi terlalu lebat, boleh amalkan doa agar hujan berhenti.

Doa Ketika Hujan Turun

Doa di atas direkodkan dalam Sahih Bukhari

Imam Ibn Hajar (jilid 2, halaman 668-669) dalam mensyarahkan hadith ini mengatakan:

“Bahawa doa ini adalah mustahab (sunat dan digalakkan) dibacakan selepas turunnya hujan bagi menambahkan lagi kebaikan dan keberkatan serta menjauhi musibah daripada sebarang kemudharatan.

Menjadi amalan Nabi SAW apabila melihat awan atau pun hujan turun maka Baginda SAW akan berdoa kepada Allah SWT agar awan atau hujan tersebut membawa rahmat bukannya musibah sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith:

Daripada Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata:

” Rasulullah SAW apabila melihat mendung di langit, Baginda berganjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajahnya. Maka apabila hujan turun, Baginda mula menenangkan hatinya dan hilanglah kekhuatirannya.

Lantas Aisyah berkata; “Maka saya pun menanyakan hal itu , lalu Baginda menjawab: “Saya khuatir, kemungkinan ini menjadi azab yang ditimpakan ke atas umatku.” Dan ketika melihat hujan turun Baginda bersabda: “(Ini adalah) rahmat.”

(Hadith riwayat Muslim, no. 899)

Wallahua’lam

sumber – siraplimau

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini