Doa makan mungkin nampak macam simple, tapi manfaatnya besar bagi mereka yang mengetahui.
Jom belajar doa makan yang betul.
Dalil Doa Makan
Nabi SAW telah mengajarkan kepada umatnya adab-adab makan. Antaranya ialah membaca basmalah sebelum makan. Hal ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW :
ุฅูุฐูุง ุฃููููู ุฃูุญูุฏูููู ู ุทูุนูุงู ูุง ูููููููููู : ุจูุณูู ู ุงููููููุ ููุฅููู ููุณููู ููู ุฃูููููููู ูููููููููู : ุจูุณูู ู ุงูููููู ููู ุฃูููููููู ููุขุฎูุฑููู
Maksudnya : โSekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah โBismillahi awwaluhu wa akhirahuโ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).โ [HR al-Tirmizi (1858)]
Doa Sebelum Makan Rumi
ุงููููููู ูู ุจูุงุฑููู ููููุง ูููู ูุง ุฑูุฒูููุชูููุงุ ููููููุง ุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑู
Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar
โYaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Kadang-kadang ada juga orang yang baca doa makan Bismillahi wa ala barkatillah.
Doa Selepas Makan Rumi
ุงูููุญูู ูุฏู ููููู ุงูููุฐููููู ุงูุทูุนูู ูููุง ููุณูููุงููุง ููุฌูุนูููููุง ู ููู ุงููู ูุณูููู ููููู
Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana wajaโalanaa minal muslimiin
โSegala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.โ
Doa Selepas Minum Rumi
ุงูููุญูู ูุฏู ููููู ุงูููุฐููู ุฌูุนููููู ุนูุฐูุจูุง ููุฑูุงุชูุง ุจูุฑูุญูู ูุชููู ููููู ู ููุฌูุนููููู ู ูููุญูุง ุงูุฌูุงุฌูุง ุจูุฐูููููุจูููุง
Alhamdu lillaahil ladzi jaโalahuu โadzbam furootam birohmatihii wa lamyajโalhu milhan ujaajam bidzunuubinaa
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami
Berikut ialah doa makan ringkas, kebiasaanya doa makan majlis agak panjang sedikit.
Doa Majlis Makan Malam
Kita mulakan majlis kita pada harini dengan baca ummul kitab al-fatihah.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil โalamin, wassolatu wassalaamu โalaasayyidina muhammadin ashrofil muraslin, waโalaa aalihi wasohbihi ajmaโin.
Ya Allah Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Pada Malam yang berkat ini, bersempena MAJLIS MAKAN MALAM & PERPISAHAN kami menadah tangan ingin merafaโkan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai
Allahumma Antal โAzizul Jalil,
Justeru berkati dan rahmatilah pertemuan kami pada malam ini. Ilhamkan dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas dan mampu membuat keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami Ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Allah Ya Fattahu Ya โAlim,
Terima segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna dan dikira sebagai amal ibadah kami kepadaMu jua. Anggaplah majlis ini bertujuan untuk menyatukan hati-hati kami. Maka, eratkanlah lagi hubungan ukhuwah di kalangan kami. Tunjukkanlah kami perkara-perkara yang bermanfaat dari majlis ini yang dapat kami contohi dalam hidup kami yang sementara di dunia ini. Dan tunjukkanlah kami perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar dapat kami jauhinya sehingga kami bertemu denganMu kelak.
Allahumma Ya Munzilal Kitab,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga masyarakat dan negara.
Rabbanaa aatinaa fiddunnyaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa โadzaa ban naar.
Washallallaahu โalaa sayyidinaa muhamma-din waโalaa aalihiwa shahbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbilโ aalamiin.
Doa makan di atas boleh dibaca di majlis formal dan tidak formal.
Semoga kalian semua dapat mengamalkan doa makan rumi dan menghayati maksudnya. Doa makan merupakan salah satu adab makan dalam Islam.
Wallahua’lam
