Doa Ibu Bapa Dalam Quran Arab, Rumi

Izuan
doa ibu bapa

Ibu bapa mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam, jasa mereka tiada terbalas, hanya doa ibu bapa sahaja mampu dititipkan sebagai usaha kita.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Doa Ibu Bapa Dalam al-Quran

1. Doa Ibu Bapa Rabbighfirli

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

[rabbanagh firli waliwa lidaiya wa lil mukminin yauma yaqumul hisab]

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim: 41)

2 . Doa Ampun Dosa Ibu Bapa


رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

[rabbighfirli waliwa lidaiya wa liman dakhala baitia mukmina wa lilmukminina wal mukminati wa la tazidiz zolimina illa tabara]

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.” (Surah Nuh: 28)

3. Doa Rahmat Ibu Bapa

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

[wa qul rabbir hamhuma kama rabbayani soghira]

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (al-Isra’: 24)

Doa Ibu Bapa Rumi

Doa-doa di atas sesuai digunakan ketika seorang diri kerana, lafaznya mufrad(tunggal, seorang). Tergantung situasi, jika kita menjadi imam, maka perlu ditukar sedikit lafaznya. Cthnya:

Doa Ibu Bapa (Seorang)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

[Allahummagh firli zunubi waliwa lidaiya warhamhuma kama rabbayani soghiro]

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Doa Ibu Bapa Untuk Ramai

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

[Allahummagh firlana zunubana waliwali daina/diina warhamhuma kama rabbayani soghiro]

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Semoga kita dapat selitkan doa terhadap ibu bapa pada setiap kali berdoa kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa panjang umur tersimpan banyak kelebihan dan kebaikan. Tahu tak doa ibu bapa untuk anak tiada hijab, mungkin kejayaan kita dalam hidup ni disebabkan berkat doa ibu bapa.

Jika mereka telah tiada, boleh doakan arwah ibu bapa melalui doa tahlil arwah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini