Doa Bulan Rejab – Allahumma Balighna Ramadan

Izuan
doa bulan rejab

Bulan Rejab telah tiba, menandakan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kita masuk ke bulan yang penuh berkah iaitu Ramadan. Ada satu doa bulan rejab yang kita boleh amalkan.

Para Salafussoleh ketika tiba sahaja bulan Rejab, mereka akan mula membuat persediaan dari segi amal soleh dan kekuatan mental untuk menghadapi bulan Ramadan. Bahkan ada riwayat yang mengatakan persediaan dibuat 6 bulan sebelum Ramadhan.

Mu’alla bin Al Fadhl, salah satu ulamak tabi’ut tabi’in berkata, “Dulu para Sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadan, mereka berdoa agar Allah S.W.T mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan. Kemudian, selama enam bulan sesudah Ramadan, mereka berdoa agar Allah S.W.T menerima amal mereka selama bulan Ramadan.”

(Lathaif Al Ma’arif, hlm 264)

Doa Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

allahumma barik lana fi rajab wa syaaban, wa ballighna ramadan

Maksudnya: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadan”.

Kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagi perkara yang diminta dan dihajatkan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai persediaan mental kita, boleh amalkan doa sampaikan ke bulan Ramadhan ini.

Para alim ulama sangat menggalakkan dan menekankan berkenaan memperbanyakkan amal ibadah pada bulan Rejab yang menjadi latihan terbaik sebelum bulan Ramadhan tiba.

Wallahua’lam

Keywords : doa rejab syaaban ramadhan, allahumma ballighna ramadan, doa rejab rumi

sumber – harakahdaily

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini