Kelebihan Istighfar Rejab?

Izuan
istighfar rejab

Ada ke kelebihan atau fadilat khusus berkaitan istighfar Rejab?

Ada yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa yang membaca Istigfar Rejab ini, maka akan dibangunkan 80 negeri di syurga, setiap negeri mempunyai 80 mahligai, setiap mahligai mempunyai 80 rumah, setiap rumah mempunyai 80 kamar, setiap kamar ada 80 bantal, dan setiap bantal, 80 bidadari.”

image 1
Lafaz Istighfar Rejab

Untuk menjawab persoalan ini, saya hadirkan hujah yang dipetik daripada artikel mufti wilayah, “tidak kami temui asal hadith tersebut tidak kami temui dalam mana-mana kitab hadith yang muktabar”

Daripada beramal dengan sesuatu yang tidak jelas, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hadis sahih berkaitan istighfar.

Dalam hadith sahih, Nabi SAW beristigfar paling kurang 70 hingga 100 kali sehari.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لأَسْتَغْفِرُاللَّه وَأَ تُوْبُ إِلَيْهِ فِي الْيوْمِ أَكْثَرمِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari tujuh puluh kali.  [Riwayat al-Bukhari  (6307)]

Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوْبُوْا إلَى اللَّهِ وَاسْتَغْفِرُوْهُ فَإِنِّي أَتُوْبُ فِي اليَوْمِ مِأَتَ مَرَّةٍ

Maksudnya: “Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan mintalah ampunan kepada-Nya, karena sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak seratus kali. [Riwayat Muslim (1452)]

Jika Rasulullah yang maksum(tiada dosa) pun beristighfar setiap hari paling kurang 70 hari, kita sebagai manusia yang penuh dosa mesti lebih daripada itu.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini