Doa Barang Hilang Agar Jumpa Semula

doa barang hilang

Ada ke doa barang hilang?

Sekejap tadi ada, tak lama lepas tu, eh hilang dah.

Setelah cuba cari dengan sungguh-sunguh, kita juga boleh berdoa sebagai ikhtiar untuk menemukan semula barang yang hilang.

رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوْمٍۢ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Surah al-Imran ayat 9)

Jika masih tidak ketemu, boleh cuba gunakan doa Ibnu Umar. Diriwayatkan perbuatan Ibn Umar:

”Dia berwudhuk, kemudian solat 2 rakaat, setelah salam lalu mengucapkan syahadat, kemudian berdoa,

يَا هَادِيَ الضَّال، وَرَادَّ الضَّالَة ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ فَإِنَّهاَ مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ

Ya Allah, Dzat yang melimpahkan hidayah bagi orang yang sesat, yang mengembalikan barang yang hilang. Kembalikanlah barangku yang hilang dengan kuasa dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya barang itu adalah bahagian dari anugerah dan pemberian-Mu’.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 29720, al-Baihaqi dalam ad-Da’awat al-Kabir (2/54). Baihaqi mengatakan, هذا موقوف وهو حسن (Ini adalah atsar mauquf) [perkataan shahabat] dan atsar ini statusnya adalah hasan”

image 2
https://siraplimau.com/doa-barang-hilang/

Jika masih belum jumpa, maka tunaikanlah solat hajat, doalah dalam sujudmu.

Apabila semua ikhtiar telah dilakukan maka bertawakkal kepada Allah ialah perkara terbaik. Mungkin di sebalik kehilangan itu, pasti ada hikmahnya, sesuai dengan ketentuan Ilahi.

Wallahua’lam

Similar Posts

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini