Doa Adik Beradik Tidak Bergaduh

Izuan
doa adik beradik

Kadang-kadang risau ibu bapa melihat adik beradik yang sering bergaduh, ada yang bertanya kepada saya, ada ke doa adik beradik supaya tidak bergaduh?

Cuma satu pesan dari seorang ‘senior’ dalam parenting, “Bergaduh adik-beradik itu pasti. Mak ayah hendak lentur pun kena berseni. Tangani dengan hati-hati. Jangan sampai melarat jadi api.”

Tipulah kalau hendak kata kita tak pernah berlaga faham dengan adik beradik dulu. Teruk tak teruk saja.

Antara doa yang saya pelajari ialah dari kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS.

Ketika berlakunya perselisihan di antara Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS, Nabi Musa AS berdoa agar Allah SWT mengampunkan kesilapannya dan saudaranya iaitu Nabi Harun AS.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِك

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah diriku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu”. Surah al-A’raf: 151

Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini