7 Tips Anak Tidak Bergaduh, Main Sama-sama

Izuan
tips adik beradik

Selalu org tanya saya, apa tips anak2 saya tidak bergaduh, boleh main bersama baik2. Alhamdullillah segalanya dari Allah, mereka ada selisih juga sikit2 tapi tiada yg kuat, setakat usik2 itu biasa, tapi tidak sampai bergaduh , berebut, berlawan mulut atau sakit fizikal (cubit, pukul).

1. Doa

Amalkan Doa ini dari surah Al Furqan ayat 74, kenapa doa ini, cuba teliti maksud doa ini? Salah satu yg kita minta adalah zuriat yg menyejukkan mata kita, sudah pasti anak2 yg baik, saling menyayangi dan tidak bergaduh juga termasuk di dlm kriteria anak yg menyejukkan mata, betul x?

2. Cara makan Sunnah

Kami makan sekali dari satu tempat (pingan besar,talam jika ada) dengan lapik saprah, duduk sekali, berkongsi rezeki sambil memuji Allah atas rezeki yg di berikan. Kesan luar biasa, buat lah, saya boleh tulis kesan2 nya, tapi kalau tak buat, tak kan rasa kesan hebat Sunnah ini. Memang akan terubat sifat tamak, penting diri serta kedekut.

3. Meningatkan Anak Tentang Kebaikan Adik Beradik

Saya, jika salah satu anak2 buat sesuatu yg baik pada anak yg lain, saya akan sebutkan walaupun benda yg kecil dan remeh….contoh bila Maryam ambilkan air utk Faris, saya akan sebutkan…”MasyaaAllah, How lucky Faris is, to have Maryam that love him so much, Maryam even help him with his drink.” Saya cakap pada Faris, dan faris akan angguk2..ckp thank you dan peluk Maryam.. Saya tidak hanya berckp “ oh , Thank you Maryam”..saya korban sikit masa saya utk berckp utk kesan yg lebih mendalam pada anak2.

4. Tidak Mengulang Cerita atau Episod Negative pada anak2

Ramai yang jatuh dalam perangkap ini…bila adik kacau abang sekali… ibu2 akan buat re enforcement dalam otak abg.. contoh : “ Abang, jangan main dekat2 dengan adik, nanti adik kacau”…adik tak kacau pun lagi kan?

Abang terus set dlm otak “ADIK ITU PENGACAU” dok jauh2…Macam mana nak timbul rasa cinta dan sayang kalau awal2 dah tanam dendam.

5. Menceritakan pada anak lain di hadapan anak satu lagi yg mereka saling merindui.

Ini saya memang selalu buat, jika Haris ke kelas robotic, bila faris atau Aisyah bertanya Haris di mana, bila Haris balik, saya akan ckp pada haris di hadapan Faris atau Aisyah, “ You know Haris, Faris was asking about you when you were in Robotic class, How they miss you and keep thinking about you”…Haris akan merasa di hargai, dia akan tanya, “Did you guys really miss me? “ adik2 pun angguk2 sambl peluk dia, Haris pun ckp lah dia pun rindu…Bahagia sangat…

6. Libatkan aktiviti bersama

adik beradik baik

Dari kecil, bila anak dah masuk 2, jgn dia asingkan abg atau kakak nya dari hidup adik, kadang2 kita rasa mudah bila abg atau kakak x kacau adik, senang kita nak buat kerja siapkan adik dan sebagainya, silap, seharusnya, ajak anak yg besar dlm urusan bersama adik, contoh..adik nak mandi ..pesan pada abang.. “ Along, adik nak mandi lagi 5 minit, jom tolong ibu pilih baju adik, ambil nappy adik, minyak angin adik, kita letak sini, mesti adik suka along tolong adik ni.. adik sayang along, mama sayang along” macam tu.

Ini tidak….” Dah jgn usik2 adik tu, dok depan, main, adik nak mandi” dengan respond negative itu, along akan rasa adik dah ambil alih cinta ibu, adik mengganggu, adik tak best, secara tidak langsung akan timbul cemburu dan dendam (negative association dengan adik nya)

7. Sentiasa mengucapkan maaf dan saya maafkan

Ini sesuatu kewajipan di dalam keluarga kami, terlanggar pun mesti berhenti minta maaf dan yg di langgar mesti ucapkan ” saya maafkan awak”…buat lah ibu2, mula2 rasa janggal, lama2 akan rasa kesan nya, anak2 akan belajar menghormati, belajar yg insan lain juga ada hak mereka dan belajar utk tidak berdendam.

InshaaAllah, semoga perkongsian yg sedikit ini menjadi asbab kepada pertolongan Allah pada semua. Allah juga lah yang memegang hati2 manusia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini