Bilamana Ramadan tiba, adakah amalan kita masih sama macam bulan2 lain. Siapa yang tidak berlumba melakukan kebaikan maka rugilah mereka. Korang dah buat checklist Ramadan ke?
Kalau kita tidak melakukan amalan yang banyak, ramai lagi orang lain akan manfaatkan ganjaran pahala di bulan Ramadan. Jadi ayuh kita upgrade amal:
Isi Kandungan
9 Checklist Ramadan:
1. Sambut Ramadan Di Rumah Allah
Ramadan kan bermula pada waktu Maghrib, jadi pada Hari Pertama Ramadan, kita pergi ke masjid sebelum waktu Maghrib.
Pastikan ketika masuk Ramadan itu kita berada di atas tikar sejadah sebagai tanda memuliakan dan menunjukkan bahawa betapa kita menantikan kedatangan bulan Ramadan. Ini hanyalah anjuran, bukan sunnah ye.
2. Sembahyang Berjemaah(Siap Awal)
Setiap solat fardu, usahakan untuk solat berjemaah. Kita siap awal2 pergi masjid sebelum waktu azan. Supaya kita dapat angkat Takbiratul ‘Ula(Takbir Pertama) bersama dengan imam.
3. Solat Sunat Rawatib(Qabliyah dan Ba’diyah)
Adapun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.
Sahih Muslim (728)
Maka kita simpulkan di sini solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:
- Dua rakaat sebelum Subuh
- Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
- Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
- Dua rakaat selepas Maghrib
- Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)
4. Solat Tahajjud
Jangan tinggal setiap malam, paling kurang 2 rakaat. Untuk membaca tentang kelebihan solat Tahajjud, klik link ini.
5. Solat Tarawih
Siapa mampu buat 20 rakaat, silakan, jika nak buat 8 rakaat pun boleh. Yang penting jangan sibuk bergaduh pasal bilangan rakaat pastu dia tak solat terawih.
6. Sembahyang Dhuha(4 Rakaat)
Kalau biasanya solat dhuha 2 rakaat, sempena Ramadan ni kita up jadi 4 Rakaat.
7. Sembahyang Tasbih(hari-hari)
Sembahyang Tasbih agak lama dan mencabar bagi mereka yang tidak biasa melakukannya. Zikir dalam solat agak banyak pada awalnya, tetapi jika sudah dapat rasa nikmat berzikir insyaAllah akan rasa seronok untuk Solat Tasbih.
8. Khatam Quran(2 kali)
Kita boleh cuba bahagi 30 juzu’ al-Quran dengan 15 hari, jadi untuk khatam Quran 2 kali dalam bulan Ramadan, kita perlu baca 2 Juzu’ setiap hari. InsyaAllah x banyak pun.
9. Sedekah setiap hari
Kalau boleh setiap hari sedekah di masjid, tidak banyak tidak mengapa yang penting cuba untuk Istiqamah. Boleh juga buat tabung di rumah, kita letak je duit dalam tu dengan niat sedekah, kemudian kita sedekahkan di masjid.
Wallahua’lam
sumber – theasianparent, akuislam