Cara Tentukan Arah Kiblat Malaysia(291-293 Darjah)

Izuan
arah kiblat

Setiap kali di tempat yang baru, pasti akan ada sedikit cabaran dalam menentukan arah kiblat.

Arah kiblat ini penting kerana jika solat dengan kiblat yang salah, maka tidak sah solatnya. Panduan syarat sah solat ada di artikel ini.

Cara untuk tentukan arah kiblat:

1. Kaedah Matahari(Istiwa Adzam)

Istiwa' A`zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka`bah | Kerana DIA...

Satu kaedah yang tepat untuk menentukan kedudukan kiblat ialah ketika matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dikenali sebagai Istiwa Adzam di mana ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

Pada jam 5.16 petang (28 Mei) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Fenomena ini juga berlaku pada jam 5.28 petang (16 Julai) setiap tahun.

Pada masa ini, kita boleh menyemak kedudukan kiblat melalui beberapa cara iaitu:

  1. Menyediakan sebatang kayu dan dirikan di kawasan lapang yang menerima cahaya matahari.
  2. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dan unjurkan garisan ke arah matahari.
  3. Dari bayang-bayang itu, ia menunjukkan arah kiblat.

2. Cara Tengok Kiblat Guna Kompas

Hampir setiap smartphone mempunyai aplikasi kompas. Mudah sahaja jika ingin menentukan kedudukan kiblat menggunakan kompas.

Anda boleh juga gunakan kompas manual jika ada.

Kemudian, ikuti langkah ini:

  1. Buka aplikasi kompas
  2. Pastikan location – ON
  3. Gerakkan handset sehingga angka menjadi : dalam range 291-293(darjah arah kiblat Malaysia)
  4. Maka, arah kiblat selari dengan handset anda.
image 5

3. Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Handphone

Dengan kemajuan teknologi, penentuan arah kiblat turut menjadi lebih mudah dengan adanya telefon pintar yang mempunyai sistem GPS dan akses internet.

Anda juga boleh mencari arah kiblat di rumah. Berikut ialah cara menentukan arah kiblat online.

Contohnya buka sahaja aplikasi seperti Pillar atau MuslimPro. Anda boleh juga search terus di Google Qibla Finder.

Screenshot Image

Wallahua’lam

sumber – akuislam, berkat.tv

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini