5 Syarat Sah Solat

Izuan
syarat sah solat

Berapakah sebenarnya syarat sah solat?

Ada yang mengatakan 5, 6, bahkan 9, boleh jadi perbezaan bilangan itu kerana ada penambahan mengikut kefahaman mereka, tetapi tidaklah mereka itu salah.

Jom kita sama-sama belajar tentang syarat sah solat!

Asas kepada syarat sah solat ialah 5 perkara ini:

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.

Bermakna dia telah mandi wajib jika berhadas besar, dan juga telah menyempurnakan wudu’ untuk suci daripada hadas kecil.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

3. Menutup aurat

Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut.

Aurat perempuan pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

4. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah)

Yang utama ialah dada menghadap kiblat. Untuk panduan menentukan arah kiblat, boleh rujuk artikel ini.

5. Mengetahui Masuknya Waktu Solat Dengan Yakin

Sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini