Cara Solat Witir (Niat dan Doa)

Izuan
cara solat witir

Solat witir ialah solat sunat yang mempunyai ganjaran besar bagi sesiapa yang istiqamah melakukannya.

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.

Hadis Tentang Kelebihan Solat Witir

Kelebihan solat witir tsabit melalui banyak hadith-hadith sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah hadith daripada Jabir R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Maksudnya: Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”.

Sahih Muslim (755)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: 

“Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” 

(Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim r.a.)

Waktu Solat Witir

Solat sunat witir ialah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah Isyak sehingga menjelang Subuh.

Begitu juga dengan anjuran Rasulullah SAW untuk menjadikan solat witir sebagai solat terakhir pada waktu malam:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat witir.

Sahih al-Bukhari (998) dan Sahih Muslim (751)

Hukum Solat Witir

Jumhur ulama menegaskan bahawa solat witir hukumnya adalah sunnah mu’akkadah, iaitu sunat yang sangat dituntut, dan hukumnya bukan fardhu, dan bukan juga wajib.

Berapa Rakaat Solat Witir

Solat sunat Witir tidak genap rakaatnya, iaitu boleh didirikan sama ada dengan satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau paling banyak 11 rakaat. Solat ini juga boleh dilakukan dalam dua-dua rakaat dan diakhiri satu rakaat, ataupun diakhiri dengan tiga rakaat (satu kali tahiyyat satu kali salam).

Tetapi yang paling afdhal ialah 11 rakaat. Rakaat yang paling minima adalah satu rakaat sahaja, namun digalakkan tiga rakaat dengan dua salam.

Cara Solat Witir

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

niat witir 2 rakaat
“Ushollii sunnatal witri rok’ataini lillaahi ta’alaa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

niat witir 1 rakaat
“Ushollii sunnatal witri rok’atan lillaahi ta’alaa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

a) Al-Ikhlas,

b) Al-Falaq dan

c) An-Naas.

Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”

Doa Solat Witir

doa solat witir arab maksud
Doa selepas solat witir rumi
Zikir Selepas Witir

Wallahua’lam

sumber – shafiqolbu

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
1 year ago

[…] Cara Solat Witir […]

1 year ago

[…] bermakna angka yang ganjil. Solat witir boleh dikerjakan pada tiap-tiapmalam dan yang lebih afdal adalah pada bulan Ramadan, samada […]