Solat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Isi Kandungan
Hukum Solat Tarawih
Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam dan ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.
Rasulullah SAW sangat menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk bersolat pada malam bulan Ramadan.
Waktu Solat Tarawih
Waktu untuk mengerjakan solat sunat Terawih adalah selepas solat isya’ sehinggalah terbit fajar.
Bilangan Rakaat Solat Tarawih
Rasulullah SAW tidak menetapkan bilangan tertentu berkenaan ini.
Ada beberapa pendapat yang berbeza dari segi jumlah rakaat solat Tarawih, sebagaimana berikut:
Cara sembahyang tarawih ada yang 8 Rakaat, 20 Rakaat, dan 36 Rakaat.
(Imam Malik رحمه اللّٰه berkata: Solat tarawih itu 9 kali tarwihah, iaitu 36 rakaat tidak termasuk solat witir. Beliau berhujjah berdasarkan perbuatan penduduk Madinah.(Imam Nawawi, Al Majmu’, jilid 3 H: 527)
Ibn Hajar Al-Haithami menukilkan “Tidak sahih bahawa Nabi solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Kesemua hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat adalah hadis yang sangat lemah (tidak boleh dijadikan hujah)!” (Al-Fatwa al-Kubra, jil 1, hlm. 194)
Yang terbaik ialah 20 rakaat, untuk penjelasan lanjut, rujuk artikel ini.
Niat Solat Tarawih
Jika menjadi imam
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.
Jika menjadi makmum
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.
Rukun Solat Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama dengan rukun sembahyang yang lain juga.
Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.
Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).
Bacaan Surah Selepas al-Fatihah
Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.
Bacaan Selawat atau Wirid antara Solat
Doa Solat Tarawih
Cara Solat Witir
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.
Sunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.
Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:
- Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
- Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
- Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
- Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
- Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
- Rakaat pertama – surah Al-A’la
- Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
- Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
Wallahua’lam
Download PDF – http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan-Solat-Terawih-Jakim—2020.pdf
[…] Cara Solat Tarawih Lengkap […]
[…] Cara Solat Tarawih […]