Cara Dan Doa Solat Sunat Hajat Ringkas

Izuan
cara solat hajat

Artikel ini tentang panduan cara solat hajat ringkas dan doa solat hajat yang mustajab.

Kadang-kadang masih ada orang yang bertanya, solat hajat utuk apa?

Solat sunat hajat ialah solat sunat yang dilakukan ketika seseorang itu mempunyai hajat atau keinginan samada sesuatu yang baik atau berada dalam keadaan sulit bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.

“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Bila Waktu Solat Hajat

Ada ke waktu dilarang solat hajat?

Solat sunat hajat ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, terutamanya ketika sedang menghajatkan sesuatu; di siang ataupun pada malam hari. Kecuali pada waktu-waktu tertentu yang dilarang mendirikan solat.

Adalah lebih afdal jika solat ini ditunaikan secara bersendirian di waktu sepertiga malam. Pada waktu itu adalah lebih tenang dan pasti lebih khusyuk dalam mendirikan solat. Bahkan ketika ini masanya lebih sesuai untuk bermunajat kepada Allah SWT

Berapa Rakaat Solat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan 2 rakaat (minimum), sehingga 12 rakaat.

Solat Hajat Sendirian Atau Berjemaah

Solat sunat hajat boleh didirikan secara bersendirian mahupun secara berjamaah jika niat dan keinginannya adalah sama. Tetapi lebih afdhol jika dilakukan sendirian.

Cara Solat Sunat Hajat

Mulakan dengan Niat Solat Hajat

Rakaat Pertama

1. Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:

solat hajat jakim

2. Membaca doa iftitah.

doa iftitah

3. Membaca surah al-Fatihah (satu kali)

al fatihah

4. Dianjurkan membaca surah asy-Syams (atau surah al-Kafirun) atau ayat Kursi (satu atau 10 kali)

ayat kursi

5. Rukuk dan iktidal.

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah al-Fatihah (satu kali).
3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas (satu kali atau 10 kali)
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua (disarankan utnuk memanjatkan hajat pada sujud yang terakhir ini)

Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaNaka inNi KunTu Minaz-ZhoLimin 

Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

(Surah al-Anbiya ayat 87)

Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih,  maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu. 

Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.

6. Duduk tahiyyat akhir.
7. Memberi salam.
8. Baca doa solat hajat rumi (JAKIM):

doa solat hajat jakim

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini