Cara Azan dan Iqamah

Izuan
cara azan

Bagaimana cara azan yang betul sesuai sunnah?

Sekarang ni orang azan ada banyak gaya, ada tangan dekat bawah je, ada yang letak tangan di telinga dan macam-macam lagi.

Jadi, jom belajar cara azan yang sebenar-benarnya. Semoga bermanfaat!

Pengenalan

Azan (أَذَان; juga bang dalam sesetengah dialek) adalah satu lafaz yang khusus yang dimana ia telah diamalkan oleh penganut agama Islam. Laungan azan menandakan telah masuknya waktu solat fardu.

Himahnya ialah, sebagai seruan terhadap orang ramai agar bersegera ke masjid untuk melakukan solat fardu secara berjemaah.

Orang yang melaungkan azan kebiasaannya digelar muazzin atau bilal.

Cara Azan Yang Betul

  1. Suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis.
  2. Menghadap kiblat
  3. Berdiri sewaktu azan
  4. Dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring
  5. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi
  6. Ketika membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan
  7. Ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri
  8. Memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara

Lafaz Azan

azan

Dalam azan subuh mestilah ditambah kalimah ini, setelah “Hayya ‘alal-falah, Hayya ‘alal-falah”

azan3

Tulisan Rumi

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh, Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh, Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-solāh, Hayya ‘alas-solāh, Hayya ‘alal-falāh, Hayya ‘alal-falāh

Allāhu akbar, Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh, Lā ilāha illallāh

Maksud

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solatmarilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaanMarilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Iqamah

iqamah

Sunat Iqamah

  1. Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat azan.
  2. Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan satu nafas.
  3. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.
  4. Menjawab seruan iqamah.
  5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebaik habis azan.
  6. Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad ﷺ kepada Allah.

Artikel Berkaitan :

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini