Korang tahu tak yang Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada mereka yang membaca doa selepas azan.
Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.
(Sahih Bukhari: 614)
Bacaan Doa Selepas Azan
Selain itu, mohonlah juga perkara-perkara lain kerana sesungguhnya waktu antara azan dan iqamah adalah waktu mustajab doa.
“Tidak akan ditolak doa antara adzan dan iqamah.” (HR. Abu Dawaud, At-Tirmidzi).
Wallahua’lam
Sumber – muftiwp, shafiqolbu
[…] Doa Selepas Azan […]