Kenapa perlu azan bayi baru lahir?
Isi Kandungan
Cara Azan Bayi Yang Betul
1. Menghadap Kiblat
Cara azan bayi yang pertama ini adalah antara perbuatan yang sangat disunatkan dan sangat digalakkan untuk dilakukan. Sama seperti solat, kepala bayi azan bayi perlu diangkat hingga ke paras muka orang yang hendak mengazakan.
Pastikan juga posisi kedudukan ke arah kiblat dan alunkan azan di telinga kanan bayi dengan kadar suara yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk didengarkan.
2. Azan di Sebelah Kanan
Selain itu, kita juga sangat digalakkan untuk memulakan setiap perlakuan kita bermula dari sebelah kanan begitu juga dengan azan bayi. Mungkin ada yang tertanya-tanya, azan bayi lelaki sebelah mana?
Disunatkan untuk kita azan bayi bermula dari sebelah kanan telinga bayi.
Bacaan azan rumi, arab:
(٢x) اَللهُ اَكْبَرُ،اَللهُ اَكْبَرُ
Allahuakbar, Allahuakbar (dua kali).
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
(٢x) أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلٰهَ إِلَّااللهُ
Asyhadu allaa illaaha illallaah (dua kali).
Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah.
(٢x) اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah (dua kali).
Maksudnya: Aku menyaksikan bahwa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah.
(٢x) حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Hayya ‘alashshalaah (dua kali).
Maksudnya: Marilah dirikan solat.
(٢x) حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Hayya ‘alalfalaah (dua kali).
Maksudnya: Marilah menuju kemenangan/kejayaan.
(١x) اَللهُ اَكْبَرُ ،اَللهُ اَكْبَرُ
Allahuakbar Allahuakbar (satu kali).
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
(١x) لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ
Laa ilaaha illallaah (satu kali).
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah.
3. Iqamah Pada Telinga Kiri
Setelah selesai membaca lafaz azan pada telinga kanan, anda perlu membaca Iqamah di telinga kiri bayi yang baru lahir pula
Bacaan Iqamah:
اَللهُ اَكْبَرُ،اَللهُ اَكْبَرُ
Allahuakbar, Allahuakbar.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلٰهَ إِلَّااللهُ
Asyhadu allaa illaaha illallaah.
Maksudnya: Aku menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Allah.
اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Asyhadu anna Muhammadar rasuulullah.
Maksudnya: Aku menyaksikan bahwa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Hayya ‘alashshalaah.
Maksudnya: Marilah dirikan salat.
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Hayya ‘alalfalaah.
Maksudnya: Marilah menuju kemenangan/kejayaan.
اَللهُ اَكْبَرُ ،اَللهُ اَكْبَرُ
Allahuakbar Allahuakbar.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ
Laa ilaaha illallaah.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah.
4. Letak Bayi Dengan Perlahan
Setelah selesai azan bayi, letakkan semula bayi ke tempatnya. Letak secara perlahan-lahan, tidak terlalu kuat, dan berhati-hati kerana dikhuatiri mungkin boleh mencederakan bayi yang baru lahir.
Dalil Azan Bayi
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya. ʻAsim bin Ubaidillah meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abu Rafiʻ, Ubaidillah bin Abu Rafi’ meriwayatkan daripada ayahnya (Abu Rafiʻ RA) bahawa beliau berkata:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ»
Maksudnya: Aku melihat Rasulullah SAW azan di telinga al-Hasan bin ‘Ali apabila beliau dilahirkan oleh Fatimah dengan azan solat.
Riwayat Abu Daud (5105)
Para ulama’ mempunyai khilaf dari segi status hadis ini, tetapi secara ringkasnya, dalam mazhab al-Syafi’e hukum azan bayi adalah sunat dengan tujuan untuk mengusir syaitan yang hadir bersamanya saat kelahiran tersebut. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 9/376)
Antaranya, hadis yang menceritakan berkenaan gangguan syaitan pada saat bayi baru dilahirkan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ
Maksudnya: Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia menusuk di sebalik hijab.
Riwayat al-Bukhari (3286)
Wallahua’lam