Biodata Ustaz Azhar Idrus

Izuan
Ustaz azhar idrus

Ustaz Azhar Idrus (lahir 12 Februari 1964) ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan slang Terengganu. Beliau juga sering disebut – sebut oleh penceramah yang terkemuka di Malaysia mahupun penceramah di luar negara kerana dengan kebolehan beliau, menjawab semua soalan dari penonton ceramahnya dengan tepat. Beliau juga dikenali sebagai pakar usul fiqh dan Tok feqah. Kadangkala dikenali dengan singkatan UAI.

Kehidupan awal dan Pendidikan

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.

Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu[1]. Antaranya ialah:

Guru pertama: Tuan Guru Haji Syed Mokhtar – Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi
Guru kedua: Tuan Guru Mohd Tahir – Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah
Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim – Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
Guru keempat: Tuan Guru Haji Hasyim – Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
Guru kelima: Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir – Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
Guru keenam: Tuan Guru Haji Muhammad Zubir – Mendalami ilmu fiqh & nahu
Guru ketujuh: Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) – Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Kerjaya

image

Ustaz Azhar sebelum ini ialah seorang pemain gitar dalam satu kumpulan muzik sekitar Kuala Terengganu[perlu rujukan] dan sempat mengadakan beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamor. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama “kehilangannya”. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama.

Kehidupan peribadi

Ustaz Azhar telah berkahwin dan mempunyai tiga isteri serta 12 anak.

Pada 4 November 2019, Ustaz Azhar patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara. Sebelum kejadian itu, beliau adalah bekas anggota kumpulan Iklim dan pemain gitaris iaitu lead serta rthym, dia juga turut menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika UAI dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum basikal ditungganginya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terjatuh atas jalan. Beliau dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan fizikal beliau pulih sepenuhnya.

Bibliografi

  1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.
  2. Azhar Idrus & Kartunis Athool (2013). Ustaz Azhar Idrus Live!
  3. Deme Wasap, Ambe Reply.
  4. Tazkirah Senafas.
  5. Jihazul Madihah (Persiapan yang Terpuji)
  6. Fotografi Gaya Mukmin

Filemografi

2012 Kemang-Keming UAI
2013 Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini