Biodata Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)

Izuan
dr maza

Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) (lahir 1 Januari 1971) ialah seorang profesor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia, bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015 menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau “Pena Mufti” dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007.

Asal Usul Dr MAZA

Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Mohd Asri Zainul Abidin merupakan Mufti Negeri Perlis bermula tahun 2015. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Talhah, Intisor, Ibtihal, Dihyah dan Irwa’.

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Kolej Islam Klang
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan
  • Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
  • Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2003) . Tajuk tesis beliau ialah Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh.
  • Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom.

Lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.

Kerjaya

Selepas beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, beliau bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, mulai 1 November 2006, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis secara pinjaman selama 3 tahun tetapi memilih untuk bekerja sehingga 11 November 2009. Beliau seterusnya menjalani cuti sabatikal di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom. Pada tahun 2011, beliau dipilih untuk mengikuti program felo penyelidikan pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom.

Anugerah Dan Pengiktirafan

Darjah kebesaran

  • 23px Flag of Perlis.svg Perlis
    • Darjah Dato’ Bergelar Perlis – Dato’ Arif Perkasa (2012)
    • Seri Sirajuddin Perlis (SSP) (2005)

Anugerah ketokohan

  • 23px Flag of Perlis.svg Perlis
    • Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Universiti Sains Malaysia
maza ebit liew

Karya Penerbitan

Kertas kerja

2004
Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIAM (2004).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
Konsep Bid’ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti Pulau Pinang (2004).
Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
2005
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam LiberalDBP & Karangkraf. (2005).
Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu, Selangor. (2005)
Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
Menangani Isu Bid’ah Melalui Pendekatan al Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
2006
Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006)
Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
2007
Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007)

Penerbitan

Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

Kontroversi

Kontroversi Menyokong Hitler

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di dalam artikel Awani yang bertajuk “Hitler itu mungkin ada benarnya” di mana di menulis bahawa “…Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Protestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.”

Ditahan di Taman Sri Ukay

Pada 1 November 2009, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Dr. Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pada pukul 12 tengah malam tersebut. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Hulu Klang. Ketua unit perhubungan awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu MalaysiaKini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah. Pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu. Dr. Asri mengakui bahawa perkara ini berlaku semenjak beliau menjadi mufti dahulu. Beliau satu-satunya tokoh agama yang tidak dibenarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberikan ceramah agama di negeri itu walaupun ketika menjadi mufti dua tahun lalu. Bekas mufti Perlis itu mendakwa, kecuali dirinya, Jais membenarkan mufti negeri-negeri lain memberikan ceramah dan mengajar agama di Selangor.

Wallahua’lam

Youtube Dr Maza
Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini