Bilangan Isteri Nabi Muhammad

Izuan
bilangan isteri nabi

Berapa bilangan isteri Nabi?

Dalam sirah nabi, diketahui bahawa Nabi Muhammad berkahwin lebih dari sekali ataupun pada istilah sekarang digelar poligami, tapi pernah terpikir tak berapa jumlahnya. Jom belajar sama-sama.

Kemuliaan Isteri Nabi

Isteri-isteri Nabi merupakan wanita-wanita yang mempunyai kelebihan dan kedudukan yang diberikan oleh Allah SWT melebihi wanita-wanita yang lain. Keistimewaan dan kelebihan mereka disebutkan oleh Allah SWT. Firman Allah :

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ ۚ إِنِ ٱتَّقَيْتُنَّ

Maksudnya : “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa…”

(Surah Al-Ahzab : 32)

Gelaran untuk isteri-isteri Nabi ialah Ummahatul Mukminin yang bermaksud ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman sebagai satu pengiktirafan kedudukan dan kemuliaan mereka.Firman Allah SWT :

ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَـٰتُهُمْ

Maksudnya : “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…”

(Surah Al-Ahzab : 6)

Jumlah Isteri Nabi

Istri Nabi ada sebelas kesemuanya. Mereka ialah :

  • Khadijah Binti Khuwailid R.anha
  • Saudah Binti Zam’ah anha
  • Aisyah Binti Abu Bakar R.anha
  • Hafsah Binti Umar R.anha
  • Zainab Binti Khuzaimah R.anha
  • Ummu Salamah Hind Binti Abu Umayyah Al-Makhzumiah R.anha
  • Ummu Habibah Ramlah Binti Abi Sufyan R.anha
  • Juwairiyah Binti Al-Harith R.anha
  • Maimunah Binti Al-Harith Al-Hilaliyah R.anha
  • Sofiyyah Binti Hayyi Bin Akhtab R.anha
  • Zainab Binti Jahsy R.anha

Mereka bukan sahaja menjadi isteri Nabi semata-mata bahkan mereka juga membantu penyebaran Islam. Bahkan ada di antara isteri Nabi yang menjadi فقهاء الصحابيات iaitu orang yang faqih dari kalangan wanita-wanita yang menjadi rujukan para sahabat seperti Saidatina Aisyah R.anha. Kesungguhan dan kepakaran serta semangat mereka menyebarkan ilmu dan dakwah menjadi contoh kepada generasi yang datang selepas mereka.

Antara buku yang kemas menceritakan tentang isteri-isteri Rasulullah ialah buku bertajuk Ummahatul Mukminin karya Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle.

Rujukan:

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini