Beza Kisah Adam dan Hawa Dalam Islam dan Bible

Izuan
nabi adam

Jika dilihat betul-betul, terdapat perbezaan tentang kisah Adam dan Hawa antara Islam dan Kristian.

Umat Islam percaya tentang adanya Adam dan Hawa. Agama Kristian juga percaya tentang adanya Adam dan Hawa, atau dalam istilah Bible, mereka digelar Adam and Eve. Walaupun jalan cerita seakan sama, iaitu bermula di syurga, makan buah dari pohon terlarang dan diturunkan ke dunia, ada beberapa fakta yang agak berbeza.

Jom belajar sama-sama.

Kisah Adam dan Hawa Mengikut Islam

Nabi Adam merupakan seorang lelaki manusia pertama yang diciptakan Allah SWT dari tanah, tinggal di dalam syurga, dan kemudian tidak lama selepas itu diciptakan Hawa sebagai peneman Nabi Adam. Syaitan menghasut kedua-keduanya untuk makan buah daripada pohon terlarang dan mereka terpedaya lalu makan buah itu. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Hawa menghasut Adam untuk makan buah itu, seolah-olah wanita ini merupakan makhluk yang jahat dan mampu merosakkan lelaki, hakikatnya ini merupakan salah faham dan tidak diceritakan di dalam Al-Quran.

Yang diceritakan hanyalah mereka berdua dihasut oleh Syaitan,

“Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi.” (Surah al-A’raf: 20)

Setelah itu, Allah mengeluarkan mereka dari Syurga dan dipindahkan ke dunia.

Kisah Adam dan Hawa Mengikut Kristian Bible

Michelangelo Sundenfall
Lakaran tentang Adam and Eve di gereja Sistine Chapel

Sama seperti kisah di atas, Adam diciptakan dahulu, kemudian Eve(Hawa), dan terdapat pokok larangan di dalam syurga.

Tetapi dalam agama mereka terdapat kisah tentang syaitan yang bertukar kepada ular kemudian menghasut Hawa agar makan buah terlarang itu. Ada sebahagian kisah mengatakan ular itu ialah wanita yang bernama Lilith. Daripada kisah ini, seolah-olah kejatuhan lelaki itu berasal daripada wanita, dan bagi mereka setiap orang ialah pendosa kesan daripada kesalahan memakan buah terlarang ini.

Kesimpulan

Sebagai umat Islam kita perlu lebih berhati-hati ketika mendengar kisah nabi agar tidak tertukar dan tersalah faham dengan kisah nabi berdasarkan agama lain atau kisah Israiliyyat.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini