5 Amalan Antara Azan dan Iqamah, Waktu Yang Diberkati.

amalan antara azan dan iqamah

Sebenarnya ada banyak amalan antara azan dan iqamah yang kita boleh lakukan. Waktu ini perlulah dimanfaatkan dengan beribadat dan jangan disibukkan dengan berbual atau bermain handphone.

Beberapa Amalan Antara Azan dan Iqamah ialah:

1. Menunggu Solat Berjemaah

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”.

2. Membaca doa selepas azan

Sesungguhnya Rasulullah SAW akan memberi syafaat bagi mereka yang membaca doa selepas azan. Boleh rujuk artikel ini untuk lafaz doa.

3. Solat Sunat

Antara solat-solat sunat yang kita boleh lakukan ialah solat sunat rawatib, solat sunat wuduk dan solat sunat tahiyatul masjid.

Sabda Rasulullah SAW:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.

MaksudnyaDi antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) – Baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya.

Sahih al-Bukhari (624)

4. Membaca Al-Quran

Ketika inilah waktu yang tenang untuk kita membaca Al-Quran.

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka untuknya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi).

5. Istighfar dan zikir-zikir lain

Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesunguhnya aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari.” (Hadits Riwayat al-Bukhari)

Gunakan sedikit masa ini untuk kita introspektif diri akan dosa-dosa yang lalu.

sumber – merdeka.com

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini