Adab Selawat Nabi Yang Betul

Izuan
adab selawat

Bagaimanakah adab selawat kepada Rasulullah?

Selawat berasal dari bahasa Arab yang bermaksud doa.

Menurut sebahagian ahli tafsir, صلاة الله على رسوله (Allah berselawat ke atas rasulnya) bermaksud; Allah memuji Rasul dan memberkatinya. Allah S.W.T telah memerintah hambanya yang beragama Islam supaya berselawat ke atas Rasulullah SAW.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab : 56)

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah S.W.T dan para malaikat telah berselawat ke atas rasulnya, selepas itu Allah S.W.T memerintahkan hambaNya berselawat ke atas nabiNya Muhammad s.a.w sebagaimana yang telah dilakukan oleh Allah S.W.T dan para malaikat.

Selawat Nabi Ringkas

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

image
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad 

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Dari hadis An-Nasa’i: 1292, sahih.

Cara Berselawat Paling Afdal

Selawat nabi yang betul ialah Selawat Ibrahimiyyah kerana ianya disandarkan kepada hadith sahih.

Tetapi ada juga perbahasan berkenaan penggunaan lafaz Saidina sebagai adab kepada Rasulullah, dan tentang selawat yang dikarang oleh orang-orang soleh, contohnya Selawat Fatih dan Selawat Tafrijiyyah.

Adapun itu termasuk perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama’, maka saya tidak akan membincangkannya di sini.

Adab Selawat

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjaga adab bersholawat, dengan hati yang hadir, sepenuh hati supaya kita dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, insan yang paling sempurna akhlaknya dan teramat sayang akan umatnya. InsyaAllah.

والله أعلم

sumber – akuislam, muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini