Abu Sufyan Bin Harb, Suami Hindun Kemudiannya Masuk Islam

Izuan
abu sufyan

Siapakah Abu Sufyan?

Abu Sufyan ialah seorang pembesar Quraisy yang pernah sangat memusuhi Nabi, tetapi akhirnya memeluk Islam dan menjadi panglima perang Islam.

Biodata Abu Sufyan

Nama sebenarnya ialah Sakhr ibn Harb ibn Umayya ibn Abd Shams, tetapi lebih dikenali dengan gelaran Abu Sufyan. Sebelum masuk Islam, Abu Sufyan ialah seorang pedagang yang berjaya dan sering mengetuai kabilah Quraisy ke Syam atas urusan perdagangan.

Kebijaksanaan Abu Sufyan menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Quraisy yang berpengaruh. Dia merupakan ketua suku Bani Abdu Syams. Beliau mempunyai beberapa isteri antaranya Hindun binti Utbah, Safiyyah bint Abi al-As dan Zaynab bint Nawfal. Melalui perkahwinan tersebut, dia telah dikurniakan beberapa orang anak. Anak Abu Sufyan yang dikenali ramai ialah Yazid dan Muawiyah I.

Abu Sufyan Sebelum Islam

Ketika sebelum Islam, Abu Sufyan sentiasa pergi berdagang ke Syam. Pada suatu ketika, umat Islam ingin menahan kafilah dagang Abu Sufyan yang dalam perjalanan ke Mekah. Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah telah berhijrah ke Madinah, dilakukan atas tujuan ingin melemahkan ekonomi penduduk Mekah dan sebagai pengajaran kepada mereka kerana kerap mengganggu umat Islam. Abu Sufyan sempat meminta bantuan daripada kaum Quraisy di Mekah, lebih kurang 1000 orang dikumpulkan menuju ke Badar. Abu Sufyan yang bijak telah berjaya mengelak dari bertembung dengan tentera Islam. Rentetan daripada peristiwa ini, terjadi Perang Badar al-Kubra.

Kaum Quraisy kalah teruk dalam Perang Badar, maka pihak Quraisy ingin membalas dendam terhadap umat Islam. Abu Sufyan bin Harb sendiri pergi dan mengetuai pasukan perang. Perang ini dinamakan Perang Uhud. Kaum Quraisy menang di dalam peperangan ini.

Selepas itu, Abu Sufyan memimpin pula tentera Quraisy yang ingin menakluk Madinah, dalam perang Khandaq namun gagal.

Abu Sufyan Memeluk Islam

Abu Sufyan masuk Islam ketika peristiwa Fathu Makkah, ada yang mengatakan kerna gentar melihat kekuatan umat Islam yang semakin kuat saban hari, ada yang mengatakan Abu Sufyan telah cenderung hati terhadap Islam kerana ajarannya. Wallahua’lam

Abu Sufyan Setelah Islam

Selepas penaklukan Makkah, Abu Sufyan berjuang sebagai salah satu daripada komander Muhammad dalam perang berikutnya. Semasa Pengepungan Taif, beliau kehilangan mata. Saat Muhammad meninggal dunia pada tahun 632, Abu Sufyan adalah bertanggungjawab bagi Najran. Abu Sufyan juga berjuang di dalam peperangan Yarmouk di 636. Abu Sufyan meninggal dunia pada usia sembilan puluh dalam 650 di Madinah. Kerabat beliau Uthman Ibn Affan, yang menjadi khalifah ketiga dalam 644 yang mengetuai solat di kuburnya.

Wallahua’lam

Sumber :

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini