Zikir Dan Doa Selepas Solat Witir Ringkas

Izuan
doa selepas solat witir jakim

Ada ke zikir dan doa selepas solat witir?

Ada bacaan zikir dan doa khusus selepas solat witir, tapi ramai yang masih belum tahu.

Doa Selepas Solat Witir Rumi

Menurut Imam al-Nawawi, selepas seseorang itu selesai menunaikan solat witir, dia digalakkan (sunat) untuk membaca sebanyak tiga kali zikir selepas solat witir:

سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ

subhanal malikil quddus

Maksudnya: “Maha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.”

Kemudian mengucapkan atau berdoa:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Allahumma inni a’uzu biridoka min sakhatika wabimua’fatika min uqubatika wa a’uzubika minka la uhsi sana’an alaika anta kama asnaitana’la nafsik

Maksudnya: “Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.

Dalil Doa Selepas Solat Witir

Kemudian, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa kedua-dua zikir ini adalah berdasarkan kepada dua hadith yang sahih, yang terdapat dalam sunan Abi Daud dan selainnya.

Daripada Ubai bin Ka‘ab, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَلَا يُسَلِّمُ إِلَّا فِي آخِرِهِنَّ، وَيَقُولُ – يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ -: «سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ»، ثَلَاثًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW membaca dalam witirnya (pada rakaat pertama) dengan surah ‘سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى’, pada rakaat kedua dengan surah ‘قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ،’, dan pada rakaat ketiga dengan surah ‘قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ’. Baginda tidak memberi salam melainkan pada rakaat yang terakhir dan mengucapkan — yakni selepas memberi salam —: ‘سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ’ sebanyak tiga kali.”

Riwayat al-Nasa’i (1701)

Begitu juga terdapat riwayat daripada Ali bin Abu Talib R.A, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولُ اللهِ – صلى اللهُ عليه وسلَّم – يَقُولُ فِي آخِرِ وِتْرِهِ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ , وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ , لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berdoa pada akhir witir Baginda: ‘Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.’”

Riwayat Abu Dawud (1427); al-Tirmizi (3566); al-Nasa’i (1747); Ibn Majah (1179) dan Ahmad (1295). Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut dalam Takhrij al-Musnad (1259) menyatakan hadith ini sanadnya adalah kuat.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini