Cara Tayamum, Niat, Maksud Berserta Gambar

Izuan
cara tayamum

Apa maksud tayamum dan bagaimana cara tayamum yang betul?

Di artikel ini kita akan belajar panduan tayamum secara lengkap.

Makna Tayamum

Maksud tayamum ialah perbuatan menyapukan debu tanah yg suci pada muka dan dua tangan sebagai ganti wuduk atau mandi wajib kerana tiada air atau berlakunya halangan menggunakan air, contohnya sakit.

Dalil Cara Tayamum

Firman Allah Ta’ala,

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدَاً طَيِّبَاً فَامْسَحُوا بِوجُوهِكمْ وَأيديكمْ منه

Lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu.” (QS. Al-Maidah: 6)

Maka hukum tayamum adalah dibolehkan dan menjadi rukhsah Syar’i bagi pihak tertentu. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

المشقة تجلب التيسير

Maksudnya: “Kesusahan akan membawa kepada kemudahan.”

Syarat Sah Tayamum

  1. Sudah masuk waktu.
  2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
  3. Dengan debu yang suci.
  4. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
  5. Suci dari najis.

Cara Tayamum

Anggota tayamum dua sahaja iaitu muka dan kedua tangan sahaja, kaki tidak termasuk.

Berikut ialah rukun tayamum:

1. Niat Tayamum

نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ الصَّلَاةِ للهِ تَعَالَى

Nawaitu tayammuma listibaahatishsholaati lillaahi taala.

Saya berniat Tayamum untuk diperbolehkannya Shalat karena Allah Ta’ala”

2. Meletakkan dua belah tangan di atas debu.

image 9
Gambar 2 dan 3 ialah perbuatan menipiskan debu, sunat hukumnya.

3. Menyapu muka dengan debu, tiga kali.

Screenshot 20230213 120631

4. Menyapu kedua belah tangan sampai ke siku dengan debu.

image 6

5. Mentertibkan rukun.

Melakukan semua di atas mengikut urutan.

Akhiri dengan membaca doa tayamum iaitu sama sahaja dengan doa selepas wuduk.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. أَللَّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ أَنْتَ اَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.

Asyhadu anlaaa ilaaha illallah wahdahuu laa yasrikalahu wasyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu. allahumaj’alnii minat tawwabiina waj’alnii minal mutathohhiriina waj’alnii min ‘ibadikash shoolihin. subhaanakallahumma wabihamdika asyhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka watuubu ilaiika. 

Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang yang ahli taubat, jadikanlah aku termasuk orang yang ahli bersuci dan jadikanlah aku termasuk golongan hamba-hamba-Mu yang shalih. Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.

Persoalan Tayamum

Boleh ke tayamum ketika musafir, walaupun ada air?

Mungkin dalam perjalanan itu ada air, tetapi air itu sedikit sahaja dan diperlukan untuk minuman, maka dalam keadaan ini boleh tayammum menggantikan air untuk mengangkat hadas. Dalilnya di Surah an-Nisa, ayat 43.

Kalau solat dengan tayammum, perlu mengulangi solat jika jumpa air sebelum habis waktu salat?

Tidak perlu lagi solat walaupun selepas itu dia menjumpai air. Katakanlah pada awal waktu Zuhur dia telah salat dengan Tayammum. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan sebelum waktu Zuhur habis, dia telah menjumpai air.

Maka, dia tetap tidak perlu menggantikan salatnya yang di awal waktu tadi. Ini adalah kerana salatnya telah sah dan tidak perlu diganti.

Apa perkara sunat ketika tayamum?

Membaca bismillah, menipiskan debu, mendahulukan yang kanan dari yang kiri, menyelati anak-anak jari dengan debu, tidak mengangkat tangan dari anggota tayamum sebelum selesai menyapunya, menghadap ke arah kiblat, membaca doa selepas bertayamum.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini